Samsung PG113UC Manual page 28

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Panduan Memasak (sambungan)
GRIL KUASA
MA
Elemen pemanas gril atas terletak di bawah siling dan dua elemen pemanas
bawah boleh gerak terletak di tepi, sementara terlekap di bahagian belakang
rongga ketuhar. Ia beroperasi semasa pintu ketuhar ditutup. Apabila
menggunakan mod-mod gril kuasa kedua-dua elemen pemanas tepi akan
bergerak dalam kedudukan mendatar secara automatik. Apabila menggunakan
gril kuasa kesemua tiga-tiga elemen akan menjadi panas dan makanan akan
diperangkan dari bahagian atas dan bahagian bawah. Kelebihan gril kuasa ialah
anda tidak perlu membalikkan makanan (lihat Panduan Gril Kuasa).
Perkakas memasak untuk menggril:
Harus kalis api dan boleh termasuk logam. Jangan gunakan sebarang jenis
perkakas memasak plastik, kerana ia boleh cair.
Makanan yang sesuai digril:
Kepingan ayam, potongan daging, sosej, stik, hamburger, hirisan dendeng dan
gamon, bahagian ikan yang nipis, sandwic dan semua jenis roti bakar dengan hias
atas.
Komen penting:
Apabila sahaja fungsi gril kuasa digunakan, pastikan bahawa elemen-elemen
pemanas tepi boleh bergerak dalam kedudukan mendatar. Sila ingat bahawa
makanan mesti diletakkan di atas rak atau dulang, masukkan ia di tingkat tinggi, di
antara elemen pemanas atas dan dua elemen pemanas boleh gerak di bawah.
MOD KITARAN GRIL KUASA-GELOMBANG MIKRO
Mod ini menggunakan fungsi gelombang mikro dan kuasa secara bergilir, supaya
haba sinaran yang datang dari gril dan gelombang mikro memasak dan
memerang makanan. Ia beroperasi hanya semasa pintu ketuhar ditutup. Oleh
kerana makanan diletakkan di tingkat tinggi pada rak, makanan itu memerang di
sebelah atas dan sebelah bawah. Anda tidak perlu membalikkan makanan. Tiga
mod kitaran dengan gelombang mikro dan Gril Kuasa terdapat dengan model ini:
Mod Kitaran Gril Kuasa 600W, Mod Kitaran Gril Kuasa 450W, Mod Kitaran Gril
Kuasa 300W.
Komen penting:
Apabila sahaja mod-mod kitaran dengan gelombang mikro dan Gril Kuasa
digunakan, pastikan bahawa elemen-elemen pemanas boleh gerak boleh
bergerak dalam kedudukan mendatar secara automatik. Makanan harus
diletakkan di atas rak, kecuali arahan lain disyorkan.
Sila rujuk kepada arahan di dalam carta Panduan Gril Kuasa.
GRIL ATAS
Pemanas atas boleh digunakan tanpa pemanas-pemanas bawah jika anda mahu
memerangkan hanya bahagian atas makanan (lihat Panduan Gril bagi Gril Atas).
Makanan harus diletakkan di atas rak dan boleh dimasukkan di tingkat tinggi atau
tingkat rendah, kecuali arahan lain disyorkan.
MOD KITARAN GELOMBANG MIKRO-GRIL ATAS
Mod ini menggunakan fungsi gelombang mikro dan gril atas secara bergilir,
supaya haba sinaran yang datang dari gril dan gelombang mikro memasak dan
memerang makanan.
Ia beroperasi hanya semasa pintu ketuhar ditutup. Tiga mod kitaran dengan
gelombang mikro dan Gril Atas terdapat dengan model ini:
Mod Kitaran Gril Atas 600W, Mod Kitaran Gril Atas 450W, Mod Kitaran Gril Atas
300W.
Komen penting:
Apabila sahaja mod-mod kitaran dengan gelombang mikro dan gril atas
digunakan, pastikan bahawa pemanas-pemanas tepi diletakkan di sebelah tepi
rongga dalam kedudukan tegak. Makanan harus diletakkan di atas rak,
dimasukkan di tingkat tinggi atau rendah, kecuali arahan lain disyorkan.
Perkakas untuk memasak dengan gelombang mikro dan gril:
Sila gunakan perkakas memasak yang membolehkan gelombang mikro
menembusinya. Perkakas memasak harus kalis api. Jangan gunakan perkakas
memasak logam dengan mod-mod kitaran gril-gelombang mikro. Jangan gunakan
sebarang jenis perkakas memasak plastik, kerana ia boleh cair.
Makanan yang sesuai untuk gelombang mikro dan gril::
Makanan yang sesuai untuk proses memasak mod kitaran gril-grlombang mikro
termasuk semua jenis makanan dimasak yang perlu dipanaskan dan diperangkan
(contohnya pasta bakar), serta makanan yang memerlukan masa memasak yang
singkat untuk memerangkan bahagian atas makanan itu. Juga, mod-mod gril
kuasa boleh digunakan bagi bahagian-bahagian makanan yang lebih baik jika
sebelah atasnya dan sebelah bawahnya perang dan garing (contohnya kepingan
ayam). Sila rujuk kepada carta gril untuk butiran lanjut.
28

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents