Pengendalian Mengikut Peraturan; Arahan Keselamatan Penting - Bosch OptiMUM MUM9 Series Instruction Manual

Hide thumbs Also See for OptiMUM MUM9 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Pengendalian mengikut peraturan 

Pengendalian mengikut peraturan

Perkakas ini hanya sesuai untuk pengunaan di dalam rumah 
atau persekitaran sepertinya. Penggunaan perkakas untuk 
memproses kuantiti makanan yang biasa untuk kegunaan domestik. 
Jangan melebih kuantiti tinggi yang dibenarkan. X "Resipi" lihat
halaman 34
Alat ini sesuai untuk mengadun, menguli dan menumbuk makanan. 
Perkakas ini tidak boleh digunakan untuk memproses objek atau 
bahan yang lain. Aplikasi tambahan boleh digunakan, apabila 
menggunakan aksesori lain yang diluluskan oleh pengilang. 
Gunakan alat hanya dengan bahagian dan aksesori tulen yang 
diluluskan. Jangan gunakan pemasangan ini untuk peranti lain. 
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik 
dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut.

Arahan keselamatan penting.

Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan! 
Jika perkakas diberikan kepada pihak yang lain, sertakan bersama 
manual ini. Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan 
perkakas dengan betul akan mengecualikan pengeluar dari liabiliti 
kerosakan yang berlaku.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan kekurangan 
keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan pengalaman 
dan/atau pengetahuan dibawah selian atau telah dilatih mengikut 
keselamatan pengendalian peralatan ini dan memahami kesan 
bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada perkakas 
dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengendalikan 
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain dengan 
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci atau 
menyelenggara perkakas ini.
W Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
  ■ Perkakas hanya dibenarkan disambung pada soket yang telah 
dipasang menurut arahan dengan pembumian pada bekalan 
kuasa. Sila pastikan sistem litar pelindung bagi pemasangan 
dalaman dipasang menurut arahan.
  ■ Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi 
pada plat identifikasi. Hanya guna sekiranya tiada tanda 
kerosakkan pada perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada 
perkasas, seperti penukaran kord kuasa yang rosak, hanya boleh 
dilakukan oleh servis pelanggan kami bagi mengelakkan bahaya.
  ■ Jangan sambungkan perkakas pada pemasa atau soket yang 
dikawal dengan alat kawalan jauh. Sentiasa awasi perkakas 
semasa menggunakannya! 
22 

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Opti mum9 seriesOpti mum9g32s00Opti mum9g32s01

Table of Contents