Pengendalian Mengikut Peraturan; Arahan Keselamatan Penting - Bosch Opti MUM9 Series Instruction Manual

Hide thumbs Also See for Opti MUM9 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Pengendalian mengikut peraturan

Perkakas ini direka bentuk untuk memproses kuantiti isi rumah 
biasa di rumah atau kuantiti yang serupa dalam penggunaan bukan 
perindustrian. Penggunaan perkakas untuk memproses kuantiti 
makanan yang biasa untuk kegunaan domestik. Jangan melebih 
kuantiti tinggi yang dibenarkan (Lihat „Resipi").
Alat ini sesuai untuk mengadun, menguli dan menumbuk makanan. 
Perkakas ini tidak boleh digunakan untuk memproses objek atau 
bahan yang lain. Aplikasi tambahan boleh digunakan, apabila 
menggunakan aksesori lain yang diluluskan oleh pengilang. 
Gunakan alat hanya dengan bahagian dan aksesori asli yang 
diluluskan. Jangan gunakan pemasangan ini untuk peranti lain. 
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik 
dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut.

Arahan keselamatan penting.

Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan! 
Sertakan arahan ini semasa penyerahan alat. Ketidakpatuhan 
terhadap arahan bagi penggunaan perkakas dengan betul akan 
mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan yang berlaku.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan kekurangan 
keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan pengalaman 
dan/atau pengetahuan dibawah selian atau telah dilatih mengikut 
keselamatan pengendalian peralatan ini dan memahami kesan 
bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada perkakas 
dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengendalikan 
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain dengan 
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci atau 
menyelenggara perkakas ini.
W Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
  ■ Perkakas hanya dibenarkan disambung pada soket yang telah 
dipasang menurut arahan dengan pembumian pada bekalan 
kuasa. Sila pastikan sistem litar pelindung bagi pemasangan 
dalaman dipasang menurut arahan.
  ■ Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi 
pada plat kadaran. Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda 
kerosakkan pada perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada 
peralatan, seperti menukar kabel bekalan kuasa, hanya boleh 
dilakukan oleh khidmat pelanggan kami bagi mengelakkan 
bahaya.
  ■ Jangan sambungkan perkakas pada pemasa atau soket yang 
dikawal dengan alat kawalan jauh. Sentiasa awasi perkakas 
semasa menggunakannya! 
Pengendalian mengikut peraturan
ms
15

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Opti mum9g32s00Opti mum9g32s01

Table of Contents