Philips AVENT SCF334 User Manual page 49

Milk sucking machine
Hide thumbs Also See for SCF334:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan pam susu badan ini dan simpan
ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Pastikan bahawa unit motor dan penyesuai sentiasa kering.
-
Jangan gunakan pam susu badan semasa mandi di tab atau di bawah pancuran.
-
Jangan letakkan atau simpan pam susu badan dekat dengan tab mandi atau sink.
-
Jangan capai produk yang telah jatuh ke dalam air. Cabut plag serta merta.
amaran
-
Cabut plag pam susu badan serta-merta setiap kali selepas menggunakannya.
-
Pam susu badan ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
-
Jangan benarkan kanak-kanak atau haiwan pemeliharaan bermain dengan unit motor, penyesuai
atau aksesori, kerana bahagian-bahagian ini boleh mengakibatkan bahaya lemas atau tercekik.
-
Periksa pam susu badan, termasuk penyesuai, kalau-kalau terdapat kesan kerosakan setiap kali
sebelum digunakan. Jangan gunakan pam susu badan jika penyesuai atau plagnya rosak, jika ia tak
berfungsi dengan betul, jika ia rosak atau jika ia telah jatuh atau terendam di dalam air.
-
Jangan gunakan pam susu badan di luar rumah, di mana produk semburan aerosol digunakan
atau di tempat yang penuh oksigen.
-
Pam susu badan tidak sesuai untuk digunakan apabila terdapat percampuran anestetik dengan
udara atau dengan oksigen atau nitrus oksida yang mudah terbakar.
-
Tiada khidmat pengguna bagi bahagian dalam unit motor pam susu badan. Jangan cuba untuk
membuka, menservis atau memperbaiki sendiri pam susu badan. Jika anda lakukan juga, jaminan
anda menjadi tidak sah.
-
Simpan penyesuai dan tiub silikon jauh dari permukaan yang panas.
-
Hanya gunakan penyesuai yang ditunjukkan pada perkakas.
-
Jangan cuba untuk mengalih keluar badan pam daripada buah dada anda semasa di bawah
vakum. Matikan perkakas dan pecahkan kedap di antara buah dada anda dengan corong pam
dengan jari anda. Alih keluar pam dari buah dada anda.
-
Jangan sekali-kali menggunakan pam susu badan ketika anda mengandung, kerana mengepam
dapat mencetuskan pelahiran.
-
Jangan sekali-kali menggunakan pam susu badan ketika anda mengantuk.
-
Jangan dedahkan pam susu badan kepada kepanasan melampau dan jangan biarkannya terdedah
kepada cahaya matahari langsung.
awas
-
Pam susu badan hanya dimaksudkan untuk digunakan berulang-ulang oleh pengguna yang sama.
-
Jangan tinggalkan pam susu badan tanpa dijaga apabila ia diplag masuk.
-
Jangan sekali-kali menjatuhkannya atau memasukkan objek asing ke dalam mana-mana bukaan.
-
Walaupun pam susu badan mematuhi arahan berkenaan EMC, ia masih mungkin mengeluarkan
pancaran melampau dan/atau mungkin mengganggu peralatan yang lebih sensitif.
-
Jangan sekali-kali gunakan sebarang aksesori atau bahagian dari mana-mana pengilang atau yang
tidak disyorkan khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian tersebut,
jaminan anda menjadi tak sah.
BahaSa MElayu
49
49

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Scf332

Table of Contents