Bahasa Malaysia - IKEA TRIXIG Manual

Hide thumbs Also See for TRIXIG:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Bahasa Malaysia

Tempat penggunaan
Pengaras spirit ini digunakan bagi
menentukan penjajaran mendatar,
menegak dan 45 darjah bagi objek.
PENTING:
Jangan gunakan berhampiran peranti
perubatan, sebagai contoh perentak
dan defibrilator, kerana produk ini
mengandungi magnet yang boleh
memberikan kesan ke atas kefungsian
peranti tersebut.
Penjajaran mendatar (lihat rajah A:)
Tempatkan pengaras spirit pada
objek yang anda ingin jajarkan secara
mendatar dengan permukaan sokongan
aluminium (2) menghadap ke objek. Di
atas permukaan magnet, anda boleh
mengekalkan pengaras spririt dalam
kedudukan yang tetap dengan bantuan
magnet (5). Objek seimbang (selari
mengikut horizon) apabila buih di dalam
pengaras spirit (1) berada di tengah-tengah
di antara dua garisan. Laras objek jika
perlu.
Penjajaran tegak (lihat rajah B:)
Tempatkan pengaras spirit pada
objek yang anda ingin jajarkan secara
menegak dengan permukaan sokongan
aluminium (2) menghadap ke objek. Di
atas permukaan magnet, anda boleh
mengekalkan pengaras spririt dalam
kedudukan yang tetap dengan bantuan
magnet (5). Objek seimbang (selari
mengikut horizon) apabila buih di dalam
pengaras spirit (1) berada di tengah-tengah
di antara dua garisan. Laras objek jika
perlu.
12
Penjajaran 45 darjah (lihat rajah C):
Tempatkan pengaras spirit pada objek
yang anda ingin jajarkan pada sudut
45 darjah pada permukaan sokongan
aluminium (2) menghadap ke objek. Di
atas permukaan magnet, anda boleh
mengekalkan pengaras spririt dalam
kedudukan yang tetap dengan bantuan
magnet (5). Objek berada pada sudut 45
darjah apabila buih di dalam pengaras
spirit (1) berada di tengah-tengah di antara
dua garisan. Laras objek jika perlu.
Penyelenggaran dan pembersihan
Simpan pengukur laser dalam keadaan
bersih dan kering sepanjang masa untuk
memastikan penggunaan yang betul
dan selamat. Lap sebarang kekotoran
menggunakan kain lembut yang
dilembapkan dengan air. Jangan gunakan
sebarang agen pembersih atau pelarut.
Produk ini khusus untuk penggunakan
domestik di rumah, bukan untuk komersial
atau ukuran layak yang dilakukan oleh
profesional.
Simbol roda berpangkah menunjukkan
item ini harus dilupuskan berasingan
daripada bahan buangan isi rumah.
Item ini sepatutnya diserahkan untuk
dikitar semula selaras dengan peraturan
alam sekitar tempatan untuk pelupusan
sampah. Dengan mengasingkan item
bertanda daripada bahan buangan
isi rumah, anda akan membantu
mengurangkan jumlah bunagan yang
dihantar ke tapak pelupusan dan
meminimumkan kesan negatif yang
berpotensi ke atas kesihatan manusia
serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut,
hubungi gedung IKEA anda.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents