PEMASANGAN
Arahan Pemasangan
7. Gunakan simen atap pada bawah sirap dan bahagian
hujung cagak. Susun sirap kembali pada atas dan
tekan supaya melekat.
8. Bawa Starlink ke lokasi pemasangan. Untuk mencegah kerosakan pada
Starlink, jangan letak dengan muka menghadap ke bawah ke bumbung.
Jangan pasang Starlink pada bumbung. Letakkan Starlink terus pada cagak.
9A. Jika laluan melalui ruang loteng: lalukan kabel yang
terhubung melalui lubang yang sudah digerudi pada
bumbung, kemudian masuk ke dalam dan tarik jumlah
kabel yang diperlukan melalui bumbung. Untuk kabel
yang berlebihan di atas bumbung, gulung dan simpan
pada bahagian bawah cagak.
9B. Jika laluan kabel di atas bumbung: buka gelung kabel yang
terhubung dan lalukan hujung yang kosong ke dalam rumah
anda.
10. Letakkan separuh atas yang telah dipasang pada Bahagian
I ke separuh bawah cagak. Pasang 4 skru tek untuk
melekatkan separuh atas dengan separuh bawah. Lubang
induk yang kecil disediakan dan sedikit daya diperlukan
untuk memulakan skru tek. Gerudi kuasa disyorkan.
11. Letakkan tiang Starlink ke dalam lubang di tengah-tengah
cagak. Pasang Starlink dalam 5 darjah dari garis tegak.
Butang snap tidak perlu ditekan semasa menyelitkan
Starlink.
12. Gunakan klip dinding untuk memasang kabel ke dinding
sepanjang laluan anda. Elakkan daripada menghiris kabel,
selekoh yang tajam dan ikut laluan mendatar / menegak.
BAHASA MALAYSIA
Need help?
Do you have a question about the Flashing and is the answer not in the manual?