Briggs & Stratton 400000 Operator's Manual page 45

Hide thumbs Also See for 400000:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
9.
Pasang penutup penapis udara (B, Rajah 17, 18) dan lekatkan dengan pengikat
(A). Pastikan pengikat benar-benar ketat.
Menservis Sistem Bahan Api
AMARAN 
Bahan api dan wapnya adalah mudah terbakar dan mudah meletup. Kebakaran
atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar atau kematian.
Simpan bahan api jauh dari percikan api, nyalaan terbuka, lampu ujian, haba
dan sumber penyalaan lain.
Periksa saluran bahan api, tangki bahan api, tukup bahan api, dan sambungan
dengan kerap untuk mengesan retakan atau bocoran. Gantikan bahagian yang
rosak.
Sebelum anda membersihkan atau menggantikan penapis bahan api, salirkan
tangki bahan api atau tutup injap penyekat bahan api.
Jika bahan api tumpah, tunggu sehingga ia kering sebelum anda memulakan
enjin.
Bahagian gantian mesti sama dan dipasang dalam posisi sama seperti mana
bahagian asal. Bahagian lain boleh menyebabkan kerosakan atau kecederaan.
Penapis Bahan Api, jika dipasang
1.
Sebelum anda membersihkan atau menggantikan penapis bahan api (A, Rajah 19),
salirkan tangki bahan api atau tutup injap penyekat bahan api. Jika tangki bahan api
tidak disalirkan, kebocoran bahan api boleh berlaku dan menyebabkan kebakaran
atau letupan.
2.
Gunakan playar untuk memicit tab (B, Rajah 19) pada pengapit (C), kemudian
gerakkan pengapit jauh dari penapis bahan api (A). Pulas dan tarik talian bahan api
(D) dari penapis bahan api.
3.
Periksa saluran bahan api (D, Rajah 19) untuk mengesan retakan atau bocoran.
Gantikan jika perlu.
4.
Gantikan penapis bahan api (A, Rajah 19) dengan penapis ganti peralatan yang
asal.
5.
Lekatkan saluran bahan api (D, Rajah 19) dengan pengapit (C).
Menservis Sistem Penyejukan
AMARAN 
Semasa operasi, enjin dan peredam bunyi menjadi panas. Jika anda menyentuh
enjin panas, lecuran terma boleh berlaku.
Serpihan mudah terbakar, seperti daun, rumput, dan belukar, boleh terbakar.
Sebelum anda menyentuh enjin atau peredam bunyi, hentikan enjin dan tunggu
dua (2) minit. Pastikan enjin dan peredam bunyi selamat untuk disentuh.
Buang serpihan daripada peredam bunyi dan enjin.
NOTIS 
Jangan gunakan air untuk membersihkan enjin. Air boleh menyebabkan pencemaran
sistem bahan api. Gunakan berus atau kain kering untuk membersihkan enjin.
Ini ialah enjin yang disejukkan oleh udara. Kotoran atau serpihan boleh menghalang
aliran udara dan menyebabkan enjin terlalu panas serta mengakibatkan prestasi yang
tidak memuaskan dan hayat enjin berkurang.
1.
Gunakan berus atau kain kering untuk membuang serpihan dari jeriji ambilan
udara.
2.
Pastikan rangkaian, pegas, dan alat kawalan sentiasa bersih.
3.
Pastikan kawasan di sekitar dan di belakang peredam bunyi, jika dilengkapi, bebas
daripada sebarang serpihan yang boleh terbakar.
4.
Pastikan sirip penyejuk minyak, jika dilengkapi, adalah bersih.
Selepas satu tempoh masa, sirip penyejuk silinder boleh mengumpulkan serpihan
dan menyebabkan enjin terlampau panas. Bahan yang tidak diingini ini tidak boleh
dikeluarkan tanpa membuka sebahagian daripada pemasangan enjin. Pastikan
Pengedar Servis Sah Briggs & Stratton memeriksa dan mencuci sistem penyejukan
udara sebagaimana yang disyorkan dalam Jadual Penyelenggaraan.
Penyimpanan
Sistem Bahan Api
Rujuk Rajah:  20.
AMARAN 
Bahan api dan wapnya adalah mudah terbakar dan mudah meletup. Kebakaran
atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar atau kematian.
Penyimpanan Bahan Api
Memandangkan api pandu atau atau punca nyalaan lain boleh menyebabkan
letupan, simpan bahan api atau peralatan jauh dari relau, dapur, pemanas air
atau perkakas lain yang mempunyai api pandu.
Pastikan enjin berada pada kedudukan rata (posisi operasi biasa). Isi tangki bahan api
(A, Rajah 20) dengan bahan api. Untuk pengembangan bahan api, jangan isi bahan api
melebihi bahagian leher tangki bahan api (B).
Bahan api boleh menjadi tidak elok apabila disimpan dalam bekas penyimpanan selama
lebih daripada 30 hari. Penggunaan penstabil bahan api bebas alkohol dan rawatan
etanol dalam bekas penyimpanan bahan api disyorkan untuk mengelakkan degradasi
bahan api dan memastikan bahan api kekal segar.
Apabila anda mengisi bekas bahan api dengan bahan api, tambah penstabil bahan
api bebas alkohol seperti yang ditetapkan dalam arahan pengeluar. Jika petrol dalam
enjin tidak dirawat dengan penstabil bahan api, ia mesti disalirkan ke dalam bekas yang
diluluskan. Kendalikan enjin sehingga ia kehabisan bahan api.
Minyak Enjin
Semasa enjin masih panas, tukar minyak enjin. Rujuk bahagian Tukar Minyak Enjin.
Penyelesaian Masalah
Bantuan
Untuk bantuan, hubungi wakil pengedar setempat anda atau pergi ke
BRIGGSandSTRATTON.COM atau hubungi 1-800-444-7774 (di AS).
Spesifikasi
Spesifikasi dan Alat Ganti Servis
MODEL: 400000
Sesaran
Gerek
Lejang
Kapasiti Minyak
Jarak Palam Pencucuh
Kilas Palam Pencucuh
Sela Udara Armatur
Kelegaan Injap Pengambilan
Kelegaan Injap Ekzos
MODEL: 440000
Sesaran
Gerek
Lejang
Kapasiti Minyak
Jarak Palam Pencucuh
Kilas Palam Pencucuh
Sela Udara Armatur
Kelegaan Injap Pengambilan
Kelegaan Injap Ekzos
MODEL:  490000
Sesaran
Gerek
Lejang
Kapasiti Minyak
Jarak Palam Pencucuh
Kilas Palam Pencucuh
Sela Udara Armatur
Kelegaan Injap Pengambilan
Kelegaan Injap Ekzos
Kuasa enjin akan berkurangan 3.5% bagi setiap 1,000 kaki (300 meter) di atas paras
laut dan 1% bagi setiap 10°F (5.6°C) di atas 77°F (25°C). Enjin akan beroperasi
dengan memuaskan pada sudut sehingga 15°. Rujuk Manual Pengendali peralatan
untuk had operasi yang dibenarkan dan selamat di lereng.
MODEL: 400000, 440000, 490000
Servis Bahagian
Penapis Udara, Kertas (Lihat Rajah 16)
40.03 ci (656 cc)
2.970 in (75,43 mm)
2.890 in (73,41 mm)
62 - 64 oz (1,8 - 1,9 L)
.030 in (,76 mm)
180 lb-in (180 Nm)
.008 - .012 in (,20 - ,30 mm)
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
44.18 ci (724 cc)
3.120 in (79,24 mm)
2.890 in (73,41 mm)
62 - 64 oz (1,8 - 1,9 L)
.030 in (,76 mm)
180 lb-in (180 Nm)
.008 - .012 in (,20 - ,30 mm)
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
49.42 ci (810 cc)
3.300 in (83,81 mm)
2.890 in (73,41 mm)
66 - 68 oz (1,9 - 2,0 L)
.030 in (,76 mm)
180 lb-in (180 Nm)
.008 - .012 in (,20 - ,30 mm)
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
Nombor Bahagian
499486
45

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

440000490000

Table of Contents