Menggunakan Panduan Pengguna Ini; Simbol-Simbol Berikut Digunakan Di Dalam Manual Pengguna Ini; Arahan Keselamatan; Arahan Keselamatan Penting - Samsung MS23K3513 Series User Manual

Hide thumbs Also See for MS23K3513 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Menggunakan panduan pengguna ini

Anda baru sahaja membeli ketuhar gelombang mikro SAMSUNG. Panduan Pemilik anda
mengandungi maklumat yang berguna mengenai cara memasak menggunakan ketuhar
gelombang mikro anda:
• Langkah-langkah keselamatan
• Aksesori dan perkakas memasak yang sesuai
• Petua memasak yang berguna
• Petua memasak

Simbol-simbol berikut digunakan di dalam Manual Pengguna ini:

AMARAN
Bahaya atau amalan-amalan yang tidak selamat yang boleh menyebabkan kecederaan
diri yang teruk atau kematian.
AWAS
Bahaya atau amalan-amalan yang tidak selamat yang boleh menyebabkan kecederaan
diri yang tidak serius atau kematian.
NOTA
Petua, pengesyoran atau maklumat berguna yang membantu pengguna
memanipulasikan produk.
MS23K3513AK_SM_DE68-04431W-01_MS+ZH+EN.indb 3

Arahan keselamatan

ARAHAN KESELAMATAN PENTING

BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJUKAN PADA MASA
HADAPAN.
AMARAN: Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar tidak boleh
dikendalikan sehingga ia telah dibaiki oleh orang yang cekap.
AMARAN: Adalah merbahaya bagi seseorang yang tidak cekap
menjalankan sebarang servis atau operasi pembaikan yang
melibatkan kerja menanggalkan penutup yang memberi perlindungan
daripada pendedahan kepada tenaga gelombang mikro.
AMARAN: Cecair dan makanan lain tidak boleh dipanaskan di
dalam bekas yang di kedap kerana ia boleh meletup.
AMARAN: Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan ketuhar tanpa
penyeliaan apabila arahan yang mencukupi telah diberikan supaya
kanak-kanak tersebut boleh menggunakan ketuhar dengan cara yang
selamat dan memahami bahaya penggunaan yang tidak betul.
Alat ini bertujuan untuk digunakan dalam rumah sahaja dan ia
tidak bertujuan untuk digunakan seperti:
• kawasan kakitangan dapur di dalam kedai, pejabat dan
persekitaran bekerja yang lain;
• rumah ladang;
• oleh klien di hotel, motel dan persekitaran penginapan yang lain;
• persekitaran jenis inap-sarapan;
Bahasa Melayu 3
9/18/2019 10:52:04 AM

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Ms23k3513ak

Table of Contents