Mengguna Buku Panduan Ini - Samsung M1779 Owner's Instructions And Cooking Manual

Hide thumbs Also See for M1779:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Mengguna Buku Panduan Ini

Anda baru sahaja membeli ketuhar gelombang mikro SAMSUNG. Buku Panduan
Pemilik ini mengandungi banyak maklumat yang bernilai tentang cara-cara
memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro anda.
Langkah-langkah keselamatan
Aksesori dan perkakas memasak yang sesuai
Panduan memasak yang berguna
Di bahagian kulit dalam anda akan menemui panduan carian segera yang
menerangkan tiga operasi memasak yang asas:
Memasak makanan
Mencair beku makanan
Menambah masa memasak
Di bahagian hadapan buku ini anda akan menemui ilustrasi ketuhar, dan yang
lebih penting lagi ialah ilustrasi panel kawalan, supaya anda boleh mencari
butang-butang dengan lebih mudah.
Prosedur langkah demi langkah menggunakan dua simbol yang berlainan.
Penting
LANGKAH BERJAGA-JAGA UNTUK MENGELAKKAN PENDEDAHAN
KEPADA TENAGA GELOMBANG MIKRO YANG BERLEBIHAN
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang berikut boleh
mengakibatkan pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
(a) Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba menggunakan ketuhar
dengan pintunya terbuka atau mengusik saling kunci keselamatan (selak pintu)
atau memasukkan apa-apa benda ke dalam lubang saling kunci keselamatan.
(b) Jangan letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan permukaan depan
atau membiarkan makanan atau sisa-sisa bahan pencuci terkumpul pada
permukaan kedap. Pastikan pintu dan permukaan kedap pintu sentiasa bersih
dengan mengelapnya selepas digunakan, mula-mula dengan kain lembap dan
kemudian dengan kain kering yang lembut.
(c) Jangan gunakan ketuhar sekiranya ia rosak sehinggalah ia telah diperbaiki oleh
juruteknik servis gelombang mikro yang berkelayakan yang dilatih oleh pengeluar.
Adalah penting sekali pintu ketuhar ditutup dengan betul dan tiada kerosakan pada:
(1) Pintu, kedap pintu dan permukaan kedap
(2) Engsel pintu (pecah atau longgar)
(3) Kabel kuasa
(d) Ketuhar tidak harus diperbetulkan atau diperbaiki oleh sesiapa selain daripada
juruteknik servis gelombang mikro yang berlayakan yang telah dilatih oleh
pengeluar.
Nota
S
E
7
AMSUNG
LECTRONICS
MA

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents