Samsung MS23F301T Series Owner's Instructions & Cooking Manual page 3

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

arahan keSelaMatan Penting
BaCa dengan teliti dan SiMPan untuk
ruJukan Pada MaSa hadaPan.
Pastikan langkah-langkah keselamatan ini dipatuhi
sepanjang masa.
Sebelum menggunakan ketuhar, pastikan arahan
berikut diikuti.
aMaran (Fungsi gelombang mikro sahaja)
aMaran : Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar
tidak boleh dikendalikan sehingga ia telah dibaiki oleh
orang yang cekap.
aMaran : Adalah merbahaya bagi seseorang yang
tidak cekap menjalankan sebarang servis atau operasi
pembaikan yang melibatkan kerja menanggalkan
penutup yang memberi perlindungan daripada
pendedahan kepada tenaga gelombang mikro.
aMaran : Cecair dan makanan lain tidak boleh
dipanaskan di dalam bekas yang dikedap kerana ia
boleh meletup.
Alat ini dimaksudkan untuk digunakan di rumah
sahaja.
MS23F301TAK_SM_DE68-04238A_MA.indd 3
aMaran : Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan
ketuhar tanpa penyeliaan apabila arahan yang
mencukupi telah diberikan supaya kanak-kanak tersebut
boleh menggunakan ketuhar dengan cara yang selamat
dan memahami bahaya penggunaan yang tidak betul.
aMaran : Alat in boleh digunakan oleh kanak-
kanak berusia 8 tahun ke atas dan orang-orang yang
kekurangan keupayaan fizikal, deria atau mental atau
kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah
diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan alat
dengan cara yang selamat dan memahami bahaya yang
terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan
alat ini. Kanak-kanak tidak sepatutnya melakukan
pembersihan dan penyenggaraan pengguna melainkan
mereka berusia daripada 8 tahun ke atas dan diawasi.
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai untuk
digunakan dalam ketuhar gelombang mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik
atau kertas, perhatikan ketuhar untuk mengesan
kemungkinan pencetusan bunga api.
Ketuhar gelombang mikro dimaksudkan untuk
pemanasan makanan dan minuman. Pengeringan
makanan atau pakaian dan pemanasan pad
penghangat, selipar, span, kain lembap dan yang
seakan-akan sama boleh menyebabkan risiko
kecederaan, penyalaan atau kebakaran.
Bahasa Melayu - 3
2013-10-10
10:05:09

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Ms23f302t series

Table of Contents