Panduan Carian Cepat - Samsung MS23F301T Series Owner's Instructions & Cooking Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

(c) JANGAN kendalikan ketuhar jika ia rosak sehingga ia telah dibaiki oleh
juruteknik servis gelombang mikro yang berkelayakan yang dilatih oleh
pengilang. Adalah penting sekali pintu ketuhar ditutup dengan betul dan
tiada kerosakan pada:
(1) pintu (bengkok)
(2) engsel pintu (pecah atau longgar)
(3) kedap pintu dan permukaan kedap
(d) Ketuhar tidak harus dilaras atau dibaiki oleh sesiapa pun kecuali juruteknik
servis gelombang mikro yang berkelayakan dan dilatih oleh pembuat.
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau
memperbaiki kecacatan kosmetik sekiranya kerosakan unit dan/atau kerosakan atau
kehilangan aksesori disebabkan oleh pelanggan. Item bagi syarat ini merangkumi
termasuk:
(a) Pintu, Pemegang, Panel Luar atau Panel Kawal yang Lekuk, Calar atau
Rosak.
(b) Tray, Roda Pandu, Pengganding atau Rak Wayar yang rosak atau hilang.
Gunakan alat ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang
diterangkan di dalam manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan
di dalam buku panduan ini tidak merangkumi semua keadaan dan situasi
yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk menggunakan akal,
berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan
mengendalikan perkakas anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri
ketuhar gelombang mikro anda mungkin berbeza sedikit daripada yang
diterangkan di dalam manual ini dan bukan semua tanda-tanda amaran
boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keprihatinan,
hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda atau dapatkan
bantuan dan maklumat dalam talian di www.samsung.com.
Ketuhar gelombang mikro ini seharusnya digunakan untuk memanaskan
makanan. Ianya bertujuan untuk kegunaan rumah domestik sahaja. Jangan
panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang diisi dengan bijian,
yang boleh menyebabkan melecur dan kebakaran. Pengilang tidak boleh
dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan
alat yang tidak sesuai atau tidak betul.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih boleh
mengakibatkan kerosakan pada permukaannya yang boleh memendekkan
hayat alat ini dan mungkin mengakibatkan situasi yang berbahaya.
MS23F301TAK_SM_DE68-04238A_MA.indd 11

panduan carian cepat

Jika anda mahu memasak makanan.
1. Letakkan makan di dalam ketuhar.
Pilih aras kuasa dengan menekan butang
Microwave (gelombang Mikro) (
beberapa kali.
2. Pilih masa memasak dengan memutar tombol dail
mengikut keperluan.
3. Tekan butang Start/+30s (Mula/+30s) (
hasil :
Proses memasak bermula. Ketuhar
berbunyi bip empat kali apabila proses
memasak tamat.
Jika anda mahu mencairbekukan makanan secara automatik.
1. Letakkan makanan beku di dalam ketuhar.
Tekan butang Power defrost (Cair beku kuasa)
( ) sekali. Kemudian, paparan menunjukkan "0".
2. Pilih berat makanan dengan memutar tombol dail
mengikut keperluan.
3. Tekan butang Start/+30s (Mula/+30s) (
Jika anda ingin menambah 30 saat lagi.
Biarkan makanan di dalam ketuhar.
Tekan butang Start/+30s (Mula/+30s) sekali atau
beberapa kali bagi setiap 30 saat tambahan yang anda
ingin tambahkan.
Bahasa Melayu - 11
) sekali atau
).
).
2013-10-10
10:05:15

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Ms23f302t series

Table of Contents