Philips HD4768/00 User Manual page 42

Philips rice cooker hd4768 healthy variety 10 cups
Hide thumbs Also See for HD4768/00:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

BaHasa MElayu
42
Masa memasak lalai selama 1 jam berkelip pada paparan.
,
8
Untuk melaraskan masa memasak, tekan butang naik atau turun. Tekan dan tahan butang naik
atau turun untuk mengubah masa ke hadapan atau ke belakang dengan cepat.
Anda boleh menetapkan sebarang masa dari 30 minit hingga 4 jam.
9
Tekan butang Masak/OK untuk memulakan proses memasak.
Lampu Masak/OK menyala dan animasi masakan akan muncul pada paparan.
,
Paparan akan mengira detik masa memasak dalam minit.
,
Pada akhir proses memasak, perkakas akan berbunyi bip dan lampu Simpan panas/Panaskan
,
semula akan menyala untuk menunjukkan bahawa perkakas telah beralih kepada mod simpan
panas.
Pada paparan akan dikira masa simpan panas dalam jam (maksimum 12 jam).
,
10
Tekan butang Henti/Batal untuk membatalkan mod simpan panas.
11
Tekan butang pelepas tudung untuk membuka tudungnya.
12
Tekan butang Henti/Batal untuk beralih kepada mod siap sedia atau tanggalkan plag pemasak
nasi untuk mematikannya.
Puding
Menu Desert/Puding mengandungi 2 submenu untuk puding: puding lobak putih dan puding ubi
keladi.
1
Masukkan ramuan ke dalam periuk dalam.
-
Puding Lobak Putih: Masukkan lobak putih, sosej Cina, udang kering dan perasa ke dalam periuk
dalam dan gaulkan dengan sebati.
-
Puding Ubi Keladi: Masukkan ubi keladi, sosej Cina, udang kering dan perasa ke dalam periuk
dalam dan gaulkan dengan sebati.
Pastikan semua ramuan termasuk air tidak melebihi paras air maksimum pada skala untuk
puding yang ditunjukkan pada bahagian dalam periuk dalam.
Nota: Ikut arahan dalam resipi Puding lobak putih atau resipi puding ubi keladi dalam bab 'Resipi'.
2
Tekan butang Desert/Puding (Gamb. 29).
3
Tekan butang naik atau turun untuk memilih jenis puding yang anda hendak masak.
4
Tekan butang Masak/OK.
Arahan pertama muncul pada paparan.
,
5
Tekan butang Masak/OK untuk memulakan proses memasak. Jika anda tidak menekan butang
ini, proses memasak tidak akan dimulakan.
Nota: Anda tidak boleh menukar masa memasak untuk submenu Puding.
Lampu Masak/OK menyala dan animasi masakan akan muncul pada paparan.
,
Perkakas berbunyi bip dan butang Masak/OK berkelip untuk menandakan bahawa anda perlu
,
memasukkan campuran tepung beras.
Berhati-hati ketika anda membuka tudung untuk menambah campuran tepung beras. Tudung dan
stim yang keluar daripada periuk dalam adalah panas.
6
Tambah campuran tepung beras dan kacau sebati. Kemudian tekan butang Masak/OK untuk
meneruskan proses memasak. Jika anda tidak menekan butang ini, proses memasak tidak akan
dimulakan.
Paparan akan mengira detik masa memasak dalam minit.
,
Pada akhir proses memasak, perkakas akan berbunyi bip dan mesej 'Selesai' muncul pada
,
paparan.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hd4766/00Hd4768Hd4766

Table of Contents