Philips HD4768/00 User Manual page 31

Philips rice cooker hd4768 healthy variety 10 cups
Hide thumbs Also See for HD4768/00:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

-
Jangan cuci perkakas dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Fungsi bantuan putus bekalan kuasa
Perkakas ini mempunyai fungsi bantuan yang mengingati status sebelum putus bekalan kuasa, dengan
syarat bekalan kuasa tersambung semula dalam masa 2 jam. Jika bekalan kuasa terputus semasa
proses memasak, masa kira detik akan diteruskan daripada titik henti apabila bekalan tersambung
semula.
Jika putus bekalan kuasa berlarutan sehingga lebih daripada 2 jam dan kegagalan berlaku semasa
proses memasak, pemasak nasi secara automatik akan diset semula kepada mod siap sedia apabila
bekalan kuasa tersambung semula. Buka pemasak nasi, keluarkan kandungannya dan mulakan semula
dari awal.
Jika anda telah menetapkan pemasa dan proses memasak yang dipratetap masih belum bermula
apabila putus bekalan kuasa berlaku, proses akan bermula apabila bekalan kuasa tersambung semula,
dengan syarat ia bermula semula dalam masa 12 jam.
Bersedia untuk menggunakannya
sebelum penggunaan pertama
1
Keluarkan alas di antara periuk dalam dan plat pemanas.
2
Bersihkan bahagian pemasak nasi dengan rapi sebelum anda menggunakan perkakas itu buat
kali pertama (lihat bab 'Pembersihan').
3
Keringkan semua bahagian dengan teliti sebelum anda mula menggunakan perkakas.
4
Pasangkan pemegang senduk pada jasad utama periuk pemasak nasi (Gamb. 2).
Panel kawalan dan paparan
Panel kawalan mempunyai 12 butang yang anda gunakan untuk mengendalikan perkakas. Paparan
memberi maklumat mengenai proses yang dipilih.
Lampu paparan akan menyala sebaik sahaja anda menekan mana-mana butang, agar anda dapat
melihat maklumat paparan dengan lebih jelas.
Nota: Apabila perkakas sedang memasak atau memanaskan semula, lampu paparan akan mati selepas
10 minit.
-
Panel kawalan dan paparan (Gamb. 3)
Butang naik dan turun
Anda boleh menggunakan butang naik dan turun di bawah paparan untuk memilih menu yang
dikehendaki dan untuk melaraskan tetapan (jam, pemasa dan masa memasak).
Butang menu/kawalan
Terdapat 4 butang kawalan di bahagian atas panel kawalan dan 6 butang menu di bahagian bawah
panel kawalan.
Butang berkelip menunjukkan bahawa anda boleh menekan butang ini untuk pergi ke langkah
seterusnya. Anda boleh menggunakan butang Henti/Batal untuk menghentikan proses memasak atau
menghentikan pemasa yang dipratetap. Anda boleh juga menggunakan butang ini sebagai butang
"buat asal" apabila anda memprogramkan proses memasak untuk kembali ke skrin sebelumnya.
BaHasa MElayu
31

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hd4766/00Hd4768Hd4766

Table of Contents