Bosch MUM?59...GB Instruction Manual page 24

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Mangkuk dan alat
  ■ Dengan teliti letakkan cakera hiris 
atau cakera mayang yang dikehendaki 
ke atas hujung pemegang cakera 
(Rajah H-6a). Dalam hal cakera boleh 
terbalik, pastikan sisi yang dikehendaki 
menghadap ke atas.
  ■ Genggam pemegang cakera pada 
hujung bahagian atas dan masukkan ke 
dalam selongsong (Rajah H-6b).
  ■ Pasang penutup (perhatikan tanda) dan 
putar masuk sepenuhnya mengikut arah 
pusingan jam.
  ■ Tempatkan pemayang suapan 
berterusan pada pemacu dan putar 
masuk sepenuhnya mengikut arah 
pusingan jam, seperti yang digambarkan 
dalam Rajah H-8.
  ■ Putar suis putar kepada pengesetan 
yang disyorkan.
  ■ Letak makanan yang hendak diproses 
dalam tiub suapan dan tolak ke bawah 
dengan penolak.
W Amaran!
Elakkan bahan yang dipotong daripada 
terkumpul dalam bukaan saluran keluar.
Petua: Untuk memastikan hasil potongan 
yang sama rata, proses bahan yang nipis 
seikat-seikat.
Perhatian: Jika makanan yang diproses 
melekat dalam pemayang suapan 
berterusan, matikan pemproses makanan, 
cabut palam sesalur, tunggu sehingga 
pemacu berhenti sepenuhnya, tanggalkan 
penutup dari pemayang suapan berterusan 
dan kosongkan tiub suapan.
Selepas menggunakan perkakas
  ■ Matikan perkakas dengan menggunakan 
suis putar.
  ■ Putar pemayang suapan berterusan 
dalam arah lawan jam dan 
tanggalkannya.
  ■ Putar tudung dalam arah lawan jam dan 
tanggalkannya.
  ■ Tanggalkan pemegang cakera dengan 
cakera. Untuk melakukan ini, tekan jari 
pada aci pacu dari bawah (Rajah J).
  ■ Bersihkan bahagian.
24
Pengadun
W Risiko kecederaan daripada bilah
tajam / pemacu berputar!
Jangan sekali-kali meletakkan jari dalam 
pengadun yang terpasang! Jangan 
menanggalkan / memasang pengadun 
sehingga pemacu telah berhenti 
sepenuhnya! Kendalikan pengadun yang 
terpasang sahaja dan dengan tudung 
terkepil.
W Risiko melecur!
Apabila memproses cecair panas, stim 
keluar melalui corong pada tudung. 
Masukkan 0.5 liter maksimum cecair panas 
atau menggelegak.
Amaran!
Pengadun boleh rosak. Jangan memproses 
bahan sejuk beku lampau (kecuali kiub ais). 
Jangan mengendalikan pengadun yang 
kosong.
Bekerja dengan pengadun
Rajah K:
  ■ Tekan butang Pelepas dan 
gerakkan lengan pengayun putar 
ke kedudukan 4.
  ■ Tanggalkan penutup pemacu pengadun.
  ■ Pasang jag pengadun (tanda pada 
pemegang di atas tanda pada unit asas) 
dan putar masuk sepenuhnya mengikut 
arah lawan jam.
  ■ Tambah bahan. 
Kapasiti maksimum – cecair = 1.25 liter;  
kapasiti maksimum cecair menggelegak 
atau panas maks. 0.5 liter;  
kapasiti pemprosesan optimum – pepejal 
= 50-100 g;
  ■ Pasang penutup dan putar sepenuhnya 
mengikut arah lawan jam ke dalam 
pemegang pengadun. Penutup mestilah 
dikunci pada kedudukannya.
  ■ Setkan suis putar pada pengesetan yang 
dikehendaki.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mum59...gb

Table of Contents