ms
Untuk keselamatan anda
A Risiko kecederaan daripada alat yang berputar!
Jauhi tangan dari bahagian berputar. Semasa perkakas sedang
dikendalikan, jauhi jari dari mangkuk adun. Pasang penutup (12)
sebelum mengendalikan perkakas! Jangan menukar alat sehingga
pemacu telah berhenti sepenuhnya – apabila perkakas dimatikan,
pemacu akan terus bergerak sejenak dan berhenti di kedudukan
pertukaran alat. Jangan menggerakkan lengan pengayun putar
sehingga alat telah berhenti sepenuhnya. Atas sebab-sebab
keselamatan, perkakas tidak boleh dikendalikan kecuali pemacu
yang tidak digunakan ditutup dengan adang pemacu (5, 8). Sebelum
memasang / menanggalkan pemayang suapan berterusan, tunggu
sehingga pemacu telah berhenti sepenuhnya dan cabut palam
sesalur. Jangan mencapai tangan ke dalam tiub suapan.
A Risiko kecederaan daripada bilah tajam!
Jangan menggenggam bilah tajam atau pinggir cakera pemotong.
Pegang cakera pemotong pada pinggirnya sahaja. Jangan
menyentuh bilah pengadun dengan tangan terdedah.
A Risiko kecederaan daripada bilah tajam / pemacu berputar!
Jangan sekali-kali meletakkan jari dalam pengadun yang terpasang!
Jangan menanggalkan / memasang pengadun sehingga pemacu
telah berhenti sepenuhnya! Kendalikan pengadun yang terpasang
sahaja dan dengan tudung terkepil.
A Risiko melecur!
Apabila memproses cecair panas, stim keluar melalui corong
pada tudung. Masukkan 0,5 liter maksimum cecair panas atau
menggelegak.
A Penting!
Gunakan perkakas dengan aksesori asal sahaja. Apabila
menggunakan aksesori, ikuti arahan pengendalian yang dilampirkan.
Gunakan hanya satu alat atau aksesori pada satu-satu masa.
A Penjelasan tentang simbol pada perkakas atau aksesori
Ikuti arahan dalam arahan pengendalian.
Peringatan! Bilah berputar.
Peringatan! Alat berputar.
Jangan meletakkan jari dalam tiub suapan.
18