Samsung MS28J5255 series User Manual page 8

Hide thumbs Also See for MS28J5255 series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih boleh
mengakibatkan kerosakan pada permukaannya yang boleh memendekkan
hayat peralatan ini dan mungkin mengakibatkan situasi yang berbahaya.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam kenderaan jalan raya,
karavan, dan kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang (termasuk kanak-kanak)
yang mempunyai keupayaan fizikal, sensori atau mental yang kurang, atau
tidak berpengalaman dan berpengetahuan, kecuali mereka telah diberikan
penyeliaan atau arahan tentang penggunaan alat ini oleh orang yang
bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak bermain dengan alat
ini.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen perkhidmatannya
atau orang-orang yang sama berkelayakan bagi mengelakkan bahaya.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan pancutan air.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan ketinggian yang betul yang
membenarkan capaian mudah pada rongga dan kawasan kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali pertama, ketuhar harus
dikendalikan bersama air selama 10 minit dan kemudian baru digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar atau mengeluarkan
asap, cabut palam kuasa dengan segera dan hubungi pusat perkhidmatan yang
terdekat dengan anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat yang sesuai supaya
palamnya mudah dicapai.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk digunakan di atas kaunter
(bebas) sahaja, ketuhar gelombang mikro ini tidak harus diletakkan di atas
kabinet.
Bahasa Melayu
7
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-00_MS.indd 7
2015-03-09
4:33:32

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents