Samsung MS28J5255 series User Manual page 14

Hide thumbs Also See for MS28J5255 series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Arahan Pemasangan & Pendawaian
NOTA PENTING :
Kabel utama pada peralatan ini diberikan bersama palam teracu yang dilengkapkan dengan fius.
Nilai fius dinyatakan pada muka pin palam dan, sekiranya perlu diganti, fius yang diluluskan
untuk BS1363 bagi penarafan yang sama hendaklah digunakan.
Jangan sekali-kali menggunakan palam yang tidak mempunyai penutup fius jika penutupnya
boleh ditanggalkan. Jika penutup fius gantian diperlukan, ia hendaklah daripada warna yang
sama seperti muka pin palam.
Penutup gantian boleh didapati daripada Penjual anda. Jika palam yang disediakan tidak sesuai
untuk punca kuasa di rumah anda atau kabel tidak cukup panjang untuk sampai ke punca kuasa,
anda perlu mendapatkan wayar sambungan lulus keselamatan yang sesuai atau hubungi Penjual
anda untuk bantuan. Walau bagaimanapun, jika tiada alternatif selain memotong palamnya,
keluarkan fius dan kemudian buang palam dengan cara yang selamat. Jangan sambungkan
palam pada soket utama, kerana terdapat risiko bahaya kejutan dari kord fleksibel yang
terdedah.
Arahan pendawaian
AMARAN ALAT INI MESTI DIBUMIKAN.
Alat ini mesti dibumikan. Sekiranya berlaku litar pintas, pembumian mengurangkan risiko kejutan
elektrik dengan menyediakan wayar lepasan untuk arus elektrik. Alat ini dilengkapi dengan kabel
utama yang termasuk wayar bumi untuk menyambung ke terminal bumi palam utama anda.
Palam mestilah dipasang pada soket yang telah dipasang dan dibumikan dengan betul.
NOTA
Wayar dalam kabel utama ini diwarnakan mengikut kod berikut:
• Hijau dan kuning : Bumi
• Biru : Neutral
• Coklat : Hidup
Oleh kerana warna wayar dalam kabel utama alat ini mungkin tidak mengikut tanda berwarna
yang mengenal pasti terminal di dalam palam anda, lakukan seperti berikut.
Sambungkan wayar hijau dan kuning pada terminal di dalam palam yang ditandakan dengan
huruf E atau simbol bumi (
) atau diwarnakan hijau atau hijau-dan-kuning.
Sambungkan wayar biru pada terminal yang ditandakan dengan huruf N atau diwarnakan hitam.
Bahasa Melayu
13
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-00_MS.indd 13
2015-03-09
4:33:32

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents