Samsung MS28J5255 series User Manual page 13

Hide thumbs Also See for MS28J5255 series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Maklumat keselamatan
Langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kemungkinan pendedahan pada
tenaga gelombang mikro yang melampau. (Fungsi gelombang mikro sahaja)
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan kepada
tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
A. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba mengendalikan ketuhar dengan pintunya
terbuka atau mengusik saling kunci keselamatan (selak pintu) atau memasukkan sesuatu benda ke
dalam lubang saling kunci keselamatan.
B. JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau membiarkan
sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap. Pastikan pintu dan
permukaan kedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya selepas digunakan mula-mula dengan
kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut.
C. JANGAN kendalikan ketuhar jika ia rosak sehingga ia telah dibaiki oleh juruteknik servis
gelombang mikro yang berkelayakan yang dilatih oleh pembuat. Adalah penting sekali pintu
ketuhar ditutup dengan betul dan tiada kerosakan pada:
1) pintu (bengkok)
2) engsel pintu (pecah atau longgar)
3) kedap pintu dan permukaan kedap
D. Ketuhar tidak harus dilaras atau dibaiki oleh sesiapa pun kecuali juruteknik servis gelombang mikro
yang berkelayakan dan dilatih oleh pembuat.
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki kecacatan
kosmetik sekiranya kerosakan unit dan/atau kerosakan atau kehilangan aksesori disebabkan oleh
pelanggan. Item bagi syarat ini merangkumi termasuk:
A. Pintu, pemegang, panel luar atau panel kawal yang lekuk, calar atau rosak.
B. Tray, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
• Gunakan alat ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di dalam manual
arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak merangkumi semua
keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk menggunakan akal, berwaspada
dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan mengendalikan perkakas anda.
• Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang mikro anda
mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan bukan semua tanda-tanda
amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keprihatinan, hubungi pusat
perkhidmatan yang terdekat dengan anda atau dapatkan bantuan dan maklumat dalam talian di www.
samsung.com.
• Ketuhar gelombang mikro ini seharusnya digunakan untuk memanaskan makanan. Ianya bertujuan untuk
kegunaan rumah domestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang diisi dengan
bijian, yang boleh menyebabkan melecur dan kebakaran. Pengilang tidak boleh dipertanggungjawabkan
untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan alat yang tidak sesuai atau tidak betul.
• Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih boleh mengakibatkan kerosakan pada
permukaannya yang boleh memendekkan hayat alat ini dan mungkin mengakibatkan situasi yang berbahaya.
12
Bahasa Melayu
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-00_MS.indd 12
2015-03-09
4:33:32

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents