Philips AVENT SCF330 User Manual page 34

Hide thumbs Also See for SCF330:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BahaSa MElayu
34
2
Pasang puting yang disteril dan skrukan gelang ke atas botol atau cawan simpanan mengikut
arahan yang disediakan bagi botol atau cawan simpanan.
3
Kedapkan puting dengan penutup kubah.
Buat
-
Sejukkan atau sejuk bekukan susu yang diperah dengan serta-merta setiap kali.
-
Susu yang dikumpulkan dengan pam susu badan yang disteril hendaklah disimpan di dalam
botol atau cawan simpanan yang disteril juga.
Jangan
-
Jangan sekali-kali menyejukbekukan semula susu badan yang telah dinyahbeku.
-
Jangan sekali-kali menambah susu badan yang baru ke dalam susu badan yang telah beku.
Memberikan bayi anda susu badan yang diperah
Anda boleh memberi susu badan daripada botol dan cawan simpanan AVENT Philips kepada bayi anda.
1
Jika anda menggunakan susu badan yang dibekukan, biarkan ia ternyahbeku sepenuhnya
sebelum anda memanaskannya.
Nota: Dalam keadaan kecemasan, anda boleh menyahbeku susu itu di dalam mangkuk berisi air panas.
2
Panaskan botol atau cawan simpanan dengan susu badan sejuk atau dinyahbeku di dalam
mangkuk berisi air panas atau di dalam pemanas botol.
3
Tanggalkan gelang skru dan cakera pengedap dari botol atau tanggalkan penutup dari cawan
simpanan.
4
Jika anda menggunakan cawan simpanan, skrukan gelang penyesuai ke atas cawan.
5
Skrukan gelang skru yang ternyahkuman dengan puting yang disteril ke atas botol atau ke atas
cawan simpanan dengan gelang penyesuai.
Buat
-
Periksa suhu susu sebelum anda memberinya kepada bayi anda.
-
Buang semua baki susu yang tinggal di akhir penyusuan.
Jangan
-
Jangan sekali-kali memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, kerana ini boleh
menyebabkan pemanasan tidak sekata dan boleh mengakibatkan bahagian-bahagian panas di
dalam susu. Ia juga boleh merosakkan zat di dalam susu.
-
Jangan sekali-kali merendam cawan simpanan di dalam air mendidih, kerana ini boleh
mengakibatkan cawan merekah.
-
Jangan sekali-kali mengisi air mendidih ke dalam cawan simpanan. Biarkan air menyejuk dahulu
selama 20 minit sebelum menuangnya ke dalam cawan simpanan.
pembersihan dan pensterilan
Bersihkan dan sterilkan semua bahagian-bahagian pam susu badan sebelum digunakan buat kali
pertama. Bersihkan semua bahagian selepas setiap penggunaan yang seterusnya dan sterilkan
semua bahagian sebelum setiap penggunaan yang seterusnya.
1
Semua bahagian pam susu badan hendaklah ditanggalkan. Injap putih juga hendaklah
dikeluarkan.
Berhati-hati apabila anda mengeluarkan injap putih dan apabila anda membersihkannya. Jika ia
rosak, pam susu badan anda tidak akan berfungsi dengan betul. Untuk mengeluarkan injap
putih, tarik tab beralur pada sisi injap dengan lembut.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents