Philips AVENT SCF330 User Manual page 31

Hide thumbs Also See for SCF330:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
-
Periksa pam susu badan kalau-kalau terdapat kesan kerosakan sebelum menggunakannya
setiap kali. Jangan gunakan pam susu badan jika ia tidak berfungsi dengan betul.
-
Jangan sekali-kali menggunakan pam susu badan ketika anda mengandung, kerana mengepam
dapat mencetuskan pelahiran.
-
Jangan sekali-kali menggunakan pam susu badan ketika anda mengantuk.
-
Jangan dedahkan pam susu badan kepada kepanasan melampau dan jangan biarkannya
terdedah kepada cahaya matahari langsung.
awas
-
Pam susu badan hanya dimaksudkan untuk digunakan berulang-ulang oleh pengguna yang sama.
-
Jangan sekali-kali menjatuhkannya atau memasukkan objek asing ke dalam mana-mana bukaan.
-
Jangan sekali-kali gunakan sebarang aksesori atau bahagian dari mana-mana pengilang atau
yang tidak disyorkan khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
tersebut, jaminan anda menjadi tak sah.
-
Basuh, bilas dan sterilkan semua bahagian pam setiap kali sebelum menggunakannya.
-
Jangan gunakan agen antibakteria atau agen pembersih yang melelas untuk membersihkan
bahagian-bahagian pam susu badan.
-
Jangan teruskan mengepam selama lebih daripada lima minit pada satu masa jika anda tidak
berjaya memerah susu.
-
Jika tekanan yang dijana tidak menyelesakan atau menyakitkan, pecahkan kedapan antara
buah dada dengan badan pam dengan jari anda dan tanggalkan pam dari buah dada anda.
Bersedia untuk menggunakan
Bersihkan dan sterilkan semua bahagian-bahagian pam susu badan sebelum digunakan buat kali
pertama sebagaimana yang diterangkan dalam bab 'Membersihkan dan mensteril'. Bersihkan
semua bahagian selepas setiap penggunaan yang seterusnya dan sterilkan semua bahagian
sebelum setiap penggunaan yang seterusnya.
Memasang pam susu badan
Nota: Pastikan anda telah membersihkan dan mensteril semua bahagian-bahagian pam susu badan.
Basuh tangan anda dengan menyeluruh sebelum anda mengendalikan bahagian-bahagian yang telah
dibersihkan.
Berhati-hati, bahagian-bahagian yang telah dibersihkan mungkin masih panas.
Petua: Pam susu badan mungkin akan lebih mudah dipasang semasa ia basah.
1
Selitkan injap putih ke dalam badan pam dari bawah. Tolak masuk injap sejauh yang boleh (Gamb. 2).
2
Pulas badan pam mengikut arah jam ke atas botol atau cawan simpanan sehingga ia
terpasang dengan kukuh (Gamb. 3).
Nota: Jika anda menggunakan cawan simpanan, anda hendaklah memulas penyesuai ke atas cawan
simpanan dahulu.
3
Tempatkan diafragma silikon dengan batangnya ke dalam badan pam dari atas. Pastikan ia
terpasang dengan kukuh di sekeliling bibir dengan menekan ke bawah dengan jari anda
untuk memastikan ia benar-benar kedap (Gamb. 4).
4
Lekatkan pemegang ke atas diafragma dengan batangnya dengan menyangkutkan lubang
pada pemegang ke hujung batang. Tolak pemegang ke bawah pada badan pam sehingga ia
berdetap di tempatnya (Gamb. 5).
BahaSa MElayu
31

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents