Bosch MCM3 GB Series Instruction Manual page 19

Hide thumbs Also See for MCM3 GB Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Membersihkan pengadun/
pemotong universal
W Risiko kecederaan daripada
bilah tajam!
Jangan menyentuh mata sisipan bilah 
dengan tangan terdedah. Bersihkannya 
dengan berus.
Jag pengadun (tanpa sisipan bilah), tudung 
dan corong adalah kalis pembasuh pinggan 
mangkuk. 
Jangan membasuh sisipan bilah dalam 
pembasuh pinggan mangkuk, tetapi di 
bawah air yang mengalir (jangan rendam 
dalam air). Tanggalkan pengedap untuk 
pembersihan.
Penyelesaian masalah
W Risiko kecederaan!
Sebelum membaiki kerosakan, tarik keluar 
palam sesalur.
Kerosakan:
Perkakas tidak boleh dihidupkan atau 
perkakas dimatikan semasa kendalian.
Sebab yang mungkin:
Mangkuk atau tudung atau aksesori 
tidak dipasang dengan betul atau telah 
tertanggal.
Tindakan pemulihan:
  ■ Setkan suis putar kepada f.
  ■ Pasang mangkuk/tudung atau aksesori 
dengan betul dan putarkannya dengan 
sepenuhnya.
  ■ Hidupkan perkakas sekali lagi.
Maklumat penting
Jika kerosakan tidak dapat dibaiki, sila 
hubungi khidmat pelanggan (lihat alamat 
khidmat pelanggan di hujung buku kecil ini).
Penyimpanan
Rajah H
Alat boleh disimpan di dalam mangkuk 
untuk menjimatkan ruang.
Penyelesaian masalah
Arahan tentang pelupusan
J
Alat ini bersesuaian dengan garis 
panduan Eropa 2012/19/EU tentang 
alat-alat tua elektrik dan elektronik 
(waste electrical and electronic 
equipment - WEEE). 
Garis panduan tersebut memberi 
rangka rujukan yang berlaku di 
seluruh Eropa untuk penerimaan 
balik dan penggunaan alat-alat tua. 
Sila bertanya wakil penjual anda 
atau pihak berkuasa tempatan 
anda tentang cara-cara pelupusan 
semasa.
Syarat-syarat waranti
Syarat-syarat jaminan untuk perkakas ini 
adalah seperti yang ditakrifkan oleh wakil 
kami di negara tempat ia dijual.
Butir-butir tentang syarat-syarat ini boleh 
didapati daripada wakil penjual tempat 
perkakas dibeli.
Bil jualan atau resit mestilah ditunjukkan 
apabila anda hendak membuat apa-apa 
tuntutan di bawah terma-terma jaminan ini.
Tertakluk pada pindaan.
ms
19

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents