Bosch MCM3 GB Series Instruction Manual page 17

Hide thumbs Also See for MCM3 GB Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Pengadun
Sisipan bilah dengan bilah pengadun/
pemotong untuk mencampur makanan 
cecair atau separa pepejal, untuk 
memotong/mencincang buah-buahan dan 
sayur-sayuran mentah, untuk memurikan 
makanan.
W Risiko kecederaan daripada bilah
tajam/pemacu berputar!
Jangan sekali-kali meletakkan jari dalam 
pengadun yang terpasang! Jangan 
menanggalkan/memasang pengadun 
sehingga pemacu telah berhenti 
sepenuhnya. Jangan menyentuh mata 
sisipan bilah dengan tangan terdedah. 
Bersihkannya dengan berus.
W Risiko melecur!
Apabila memproses cecair panas, stim 
keluar melalui corong pada tudung. 
Masukkan 0,4 liter maksimum cecair panas 
atau menggelegak.
Amaran!
Pengadun boleh rosak. Jangan memproses 
bahan sejuk beku lampau (kecuali kiub ais). 
Jangan mengendalikan pengadun yang 
kosong.
Rajah D
  ■ Letakkan pengedap pada sisipan bilah.
Pastikan pengedap berada pada
kedudukan yang betul.
Maklumat penting
Jika pengedap rosak atau tidak diletakkan 
dengan betul, cecair boleh mengalir keluar.
  ■ Masukkan sisipan bilah dengan bilah 
pengadun/pemotong p ke dalam jag 
pengandun dan kunci mengikut arah 
lawan jam (q).
  ■ Terbalikkan jag pengadun (sisipan bilah 
menghadap ke bawah).
  ■ Pasang jag pengadun (padankan anak 
panah pada jag dengan anak panah pada 
perkakas .) dan putar setakat mana yang 
boleh mengikut arah pusingan jam(,).
  ■ Tambah bahan. 
Kapasiti maksimum, cecair = 1.0 liter 
(cecair menggelegak atau panas 
maks. 0.4 liter). 
Kapasiti pemprosesan optimum – 
pepejal = 80 g.
  ■ Pasang tudung dan tekan dengan kuat. 
Pegang tudung semasa bekerja.
  ■ Masukkan palam sesalur.
  ■ Setkan suis putar pada pengesetan yang 
dikehendaki.
  ■ Untuk menambah lebih banyak bahan, 
setkan suis putar kepada f.
  ■ Buka tudung dan tambah bahan.
atau
  ■ tanggalkan corong dan secara beransur-
ansur tambah bahan pepejal melalui 
bukaan isi semula
atau
  ■ tuangkan bahan cecair melalui corong.
Selepas menggunakan perkakas
  ■ Setkan suis putar kepada f.
  ■ Cabut palam sesalur.
  ■ Putar pengadun dalam arah lawan jam 
dan tanggalkannya.
  ■ Tanggalkan tudung.
  ■ Longgarkan sisipan bilah mengikut arah 
pusingan jam (l) dan tanggalkannya dari 
jag pengadun.
  ■ Bersihkan semua bahagian, lihat 
"Pembersihan dan servis".
Pemotong universal
Penggunaan (bergantung pada model):
  – Dengan sisipan bilah dengan bilah 
pengadun/pemotong p untuk 
memotong dan mencincang daging, keju 
keras, bawang, herba, bawang putih, 
buah-buahan, sayur-sayuran.
  – Dengan sisipan bilah dengan bilah 
pengisar q untuk mengisar dan 
memotong kuantiti rempah ratus yang 
agak keci (misalnya lada, jintan putih, 
juniper, kayu manis, jintan manis kering, 
safron), bijirin (seperti gandum, sekoi, 
linseeds), kopi dan gula.
W Risiko kecederaan daripada bilah
tajam/pemacu berputar!
Jangan menanggalkan/memasang 
pemotong universal sehingga pemacu 
telah berhenti. Jangan menyentuh mata 
sisipan bilah dengan tangan terdedah. 
Bersihkannya dengan berus.
Pengendalian
ms
17

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents