Bosch MCM3 GB Series Instruction Manual page 15

Hide thumbs Also See for MCM3 GB Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

Pengendalian
Sebelum mengendalikan perkakas dan 
aksesori untuk kali pertama, bersihkannya 
dengan teliti, lihat "Pembersihan dan 
servis".
Persediaan
  ■ Letakkan unit asas pada permukaan yang 
rata dan bersih.
  ■ Tarik kabel keluar dari unit asas pada 
panjang yang diperlukan.
Maklumat penting
  – Hanya gunakan suis putar untuk 
menghidupkan atau mematikan perkakas.
  – Jangan sekali-kali matikan perkakas 
dengan memutarkan mangkuk, pengadun 
atau alat.
  – Jangan hidupkan perkakas melainkan 
alat atau aksesori telah dipasang dengan 
lengkap.
Mangkuk dengan aksesori/alat
W Risiko kecederaan daripada alat yang
berputar!
Semasa perkakas sedang dikendalikan, 
jauhi jari dari mangkuk adun. Sentiasa 
gunakan penolak untuk menambah bahan.
Selepas dimatikan, pemacu akan terus 
berputar untuk masa yang singkat. Tukar 
alat hanya apabila pemacu telah berhenti 
sepenuhnya.
Amaran!
Apabila mengendalikan mangkuk, perkakas 
tidak boleh dihidupkan sehingga mangkuk 
telah dipasang dan tudungnya telah 
dipasang dan diskrukan dengan ketat.
Bilah universal
untuk memotong, mencincang, 
mencampur.
W Risiko kecederaan daripada bilah
tajam!
Jangan menyentuh mata bilah pemotong 
universal dengan tangan terdedah. Apabila 
tidak digunakan, sentiasa simpan bilah 
universal dalam adang bilah. Pegang bilah 
universal pada pinggir pemegang plastik 
sahaja.
Cangkuk uli
untuk menguli doh dan mengadun 
bahan yang tidak perlu dipotong
(contohnya kismis dan cip coklat).
Cakera pukul putar (pukul)
untuk krim, putih telur, mayonis.
Rajah B
  ■ Pasang mangkuk (anak panah pada 
mangkuk berada pada titik pada 
perkakas .) dan putar setakat mana yang 
boleh mengikut arah pusingan jam (,).
  ■ Masukkan pemegang alat ke dalam 
mangkuk.
  ■ Masukkan bilah universal, cakera 
pemukul atau cangkuk uli ke dalam 
pemegang perkakas dan lepaskan. 
Perhatikan kedudukan alat semasa
memasukkannya! Tekan alat ke bawah
sepenuhnya.
Amaran!
Jangan menambah bahan sehingga alat
telah dimasukkan.
  ■ Tambah bahan.
  ■ Pasang tudung dengan penolak 
(padankan anak panah pada tudung 
dengan bintik pada mangkuk .) dan 
putar mengikut arah pusingan jam (,). 
Cuping tudung mesti terletak sepenuhnya 
dalam lubang alur dalam pemegang 
mangkuk.
  ■ Masukkan palam sesalur.
  ■ Setkan suis putar pada pengesetan yang 
dikehendaki.
  ■ Untuk menambah lebih banyak bahan, 
setkan suis putar kepada f.
  ■ Keluarkan penolak dan tambah bahan 
melalui tiub suapan. Penolak boleh 
digunakan sebagai cawan penyukat.
Cakera pemotong
W Risiko kecederaan daripada bilah
tajam!
Jangan menggenggam bilah tajam atau 
pinggir cakera pemotong. Pegang cakera 
pencincang pada pinggir atau menggunakan 
plastik sahaja! Jangan meletakkan jari dalam 
tiub suapan. Hanya gunakan penolak 
apabila menambah lebih banyak bahan.
Pengendalian
ms
15

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents