Panasonic S-1821PT3H Operating Instructions Manual page 30

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Peringatan Keselamatan
8. Pengeluaran dan pemindahan
• Bila memintas masuk litar bahan pendingin
untuk membuat pembaikan – atau untuk apa
sahaja tujuan lain – prosedur konvensional
hendaklah digunakan.
Walau bagaimana pun, adalah penting
bahawa amalan terbaik diikuti kerana
kemudahbakaran adalah satu pertimbangan.
Prosedur berikut hendaklah dipatuhi untuk:
keluarkan bahan pendingin -> bersihkan litar
dengan gas lenyai -> pindah -> bersihkan
dengan gas lenyai -> buka litar dengan
memotong atau mempateri.
• Cas bahan pendingin hendaklah dipulihkan ke
dalam silinder pemulihan yang betul.
• Sistem hendaklah dibersihkan dengan OFN
untuk menjadikan peralatan selamat.
• Proses ini mungkin perlu diulangi beberapa
kali.
• Udara atau oksigen termampat tidak boleh
digunakan untuk tugas ini.
• Pembersihan akan tercapai dengan memintas
vakum dalam sistem dengan OFN dan terus
mengisi sehingga tekanan kerja dicapai,
kemudian alihkan ke udara, dan akhirnya
disedut ke vakum.
• Proses ini hendaklah diulangi sehingga tiada
bahan pendingin di dalam sistem.
• Apabila cas OFN terakhir digunakan, sistem
hendaklah dialihkan udara kepada tekanan
atmosfera untuk membolehkan kerja
dilakukan.
• Operasi ini amatlah penting jika operasi
mempateri pada kerja paip akan dilakukan.
• Pastikan saluran keluar bagi pam vakum
tidak menghampiri mana-mana sumber
pencucuhan yang berpotensi dan terdapat
pengalihan udara.
OFN = nitrogen bebas oksigen, jenis gas
lengai.
9. Prosedur mengecas
• Di samping prosedur pengecasan
konvensional, keperluan berikut hendaklah
diikuti.
- Pastikan tidak berlaku pencemaran
bahan pendingin yang berbeza semasa
menggunakan peralatan mengecas.
- Hos atau talian hendaklah sependek yang
mungkin untuk meminimumkan jumlah
bahan pendingin yang terkandung di
dalamnya.
- Silinder hendaklah disimpan dalam
kedudukan yang sesuai mengikut arahan.
- Pastikan sistem penyejukan dibumikan
sebelum mengecaj sistem dengan bahan
pendingin.
- Labelkan sistem bila selesai mengecas
(jika masih belum).
- Penjagaan ekstrem hendaklah diambil agar
sistem penyejukan tidak dipenuhi secara
berlebihan.
• Sebelum mengecas semula sistem, ia
hendaklah diuji tekanan dengan OFN (rujuk
kepada #7).
30
• Sistem hendaklah diuji kebocoran
apabila selesai mengecas tetapi sebelum
pentauliahan.
• Ujian kebocoran susulan hendaklah dilakukan
sebelum meninggalkan tapak.
• Cas elektrostatik boleh terkumpul dan
mewujudkan keadaan berbahaya apabila
mengecas dan menyahcas bahan pendingin.
Untuk mengelak kebakaran atau letupan,
lenyapkan elektrik statik semasa pemindahan
dengan membumikan dan mengikat
bekas dan peralatan sebelum mengecas/
menyahcas.
10. Penyahtauliahan
• Sebelum melaksanakan prosedur ini, adalah
penting agar juruteknik benar-benar telah
membiasakan diri dengan peralatan dan
kesemua butirannya.
• Adalah disyorkan amalan terbaik semua
bahan pendingin dipulihkan semula dengan
selamat.
• Sebelum tugasan dilaksanakan, sampel
minyak dan bahan pendingin hendaklah
diambil sekiranya analisis diperlukan sebelum
penggunaan semula bahan pendingin yang
dikitar semula.
• Adalah penting bahawa kuasa elektrik
tersedia sebelum tugas dimulakan.
a) Membiasakan diri dengan peralatan dan
operasinya.
b) Pencilkan sistem secara elektrikal.
c) Sebelum mencuba prosedur pastikan
bahawa:
• peralatan pengendalian mekanikal tersedia,
jika perlu, untuk mengendalikan silinder
bahan pendingin;
• semua peralatan perlindungan peribadi
tersedia dan digunakan dengan betul;
• proses pemulihan diawasi pada setiap
masa oleh orang yang cekap;
• peralatan pemulihan dan silinder mematuhi
piawaian yang bersesuaian.
d) Pamkan sistem bahan pendingin, jika
boleh.
e) Jika vakum tidak mungkin, lakukan
bermacam-macam agar bahan pendingin
boleh dikeluarkan dari pelbagai bahagian
sistem.
f) Pastikan silinder diletakkan pada skala
sebelum pemulihan dilakukan.
g) Mulakan mesin pemindahan dan
operasikannya mengikut arahan.
h) Jangan terlebih mengisi silinder (Tidak
lebih daripada 80% jumlah cas cecair).
i) Jangan melebihi tekanan kerja maksimum
silinder, walau pun secara sementara.
j) Apabila silinder diisi dengan betul dan
proses selesai, pastikan silinder dan
peralatan dikeluarkan dari tapak dengan
segera dan semua injap pengasingan
pada peralatan ditutup.
k) Bahan pendingin yang dipulihkan tidak
boleh dicaskan ke dalam sistem bahan
pendingin lain kecuali ia telah dibersihkan
dan diperiksa.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents