Panasonic S-1821PT3H Operating Instructions Manual page 25

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Untuk mencegah pemanasan, kebakaran atau
kejutan elektrik:
• Jangan berkongsi saluran keluar kuasa yang
sama dengan peralatan lain.
• Jangan kendalikan dengan tangan yang basah.
• Jangan lengkungkan wayar bekalan kuasa secara
berlebihan.
• Jangan kendalikan atau hentikan unit dengan
memasukkan atau menarik keluar palam kuasa.
Gunakan wayar bekalan kuasa yang lengkap tanpa
sambungan. Jika wayar bekalan kuasa lengkap
tanpa sambungan sukar diperolehi, gunakan cara
penyambungan yang diluluskan (sebagai contoh:
soket dan palam).
Bekalan
Penyaman Udara
Kuasa
Unit Dalaman
Wayar lengkap
Wayar
tanpa sambungan
lengkap tanpa
ATAU
sambungan
Cara penyambungan
yang diluluskan
(sebagai contoh:
soket dan palam
yang diluluskan)
Jika wayar bekalan kuasa rosak, ia perlu diganti oleh
pembuat, agen membaikpulih atau individu yang
bertauliah bagi mengelakkan bahaya.
Amat disyorkan untuk memasang Pemutus Litar
Bocoran Bumi (ELCB) atau Alat Arus Baki (RCD)
untuk mencegah kejutan elektrik atau kebakaran.
Untuk mencegah pemanasan, kebakaran atau
kejutan elektrik:
• Masukkan palam kuasa dengan betul.
• Habuk pada palam kuasa perlu dilap dari masa ke
semasa dengan menggunakan kain kering.
Berhenti daripada menggunakan produk jika berlaku
sebarang keganjilan/kegagalan dan cabut palam
kuasa atau matikan suis kuasa dan pemutus.
(Risiko akan asap/kebakaran/kejutan elektrik)
Contoh keganjilan/kegagalan
• ELCB kerap terbelantik.
• Terdapat bau terbakar.
• Terdapat bunyi atau gegaran luar biasa pada unit.
• Air menitis dari unit dalaman.
• Wayar atau palam kuasa menjadi luar biasa panas.
• Kelajuan kipas tidak boleh dikawal.
• Unit berhenti serta-merta walaupun suis dipasang
untuk operasi.
• Kipas tidak berhenti walaupun operasi sudah
dihentikan.
Hubungi segera pengedar di tempat anda untuk
penyelenggaraan/pembaikan.
Peralatan ini mesti dibumikan untuk mencegah
kejutan elektrik atau kebakaran.
Elakkan kejutan elektrik dengan mematikan bekalan
kuasa dan mencabut palam:
- Sebelum membersih atau melakukan servis,
- Apabila tidak digunakan untuk jangka masa yang
lama, atau
- Semasa aktiviti kilat yang kuat dan luar biasa.
Unit dalaman dan unit luaran
Unit
Luaran
Alat kawalan jauh
AWAS
Jangan bersihkan unit dalaman ini dengan air,
benzena, bahan pencair atau serbuk sental untuk
mengelakkan kerosakan atau hakisan pada unit.
Jangan gunakan untuk pemeliharaan peralatan
tertentu, makanan, binatang, tumbuhan, hasil seni
atau objek lain. Ini boleh menyebabkan kemerosotan
mutu dan sebagainya.
Jangan gunakan sebarang peralatan yang mudah
terbakar di depan saluran keluar udara untuk
mengelakkan penyebaran kebakaran.
Jangan dedahkan tumbuhan atau haiwan
peliharaan secara terus kepada aliran udara untuk
mengelakkan kecederaan dan sebagainya.
Jangan sentuh kepingan aluminium,
bahagian yang tajam boleh menyebabkan
kecederaan.
Jangan ON(BUKA) suis unit dalaman semasa
menggilap lantai dengan penggilap berlilin. Selepas
menggilap, alirkan udara bilik dengan betul sebelum
memulakan operasi unit.
Jangan pasang unit di kawasan berminyak dan
berasap untuk mencegah kerosakan unit.
Jangan buka unit untuk membersihkannya bagi
mengelakkan kecederaan.
Jangan pijak di atas bangku yang tidak stabil
semasa mencuci unit untuk mengelakkan
kecederaan.
Jangan letak pasu atau bekas air di atas unit. Air
mungkin masuk ke dalam unit dan merosakkan
penebatan. Ini boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Jangan buka tingkap atau pintu terlalu lama semasa
pengoperasian, ia boleh menyebabkan penggunaan
kuasa yang tidak cekap dan perubahan suhu yang
tidak selesa.
Elakkan kebocoran air dengan memastikan paip
saliran:
- Disambungkan dengan betul,
- Tidak memasuki longkang atau bekas, atau
- Tidak terendam di dalam air
Selepas tempoh penggunaan yang lama atau
digunakan dengan sebarang peralatan mudah
terbakar, bilik hendaklah selalu dianginkan.
Selepas digunakan dalam tempoh yang lama,
pastikan rak pemasangan tidak rosak untuk
mengelakkan unit daripada terjatuh.
Jangan guna bateri yang boleh dicas semula (Ni-
Cd). Ia mungkin merosakkan alat kawalan jauh.
Untuk mengelakkan alat kawalan jauh tidak
berfungsi atau rosak:
• Keluarkan bateri jika alat ini tidak digunakan untuk
jangka masa yang lama.
• Bateri baru yang sama jenis mesti dimasukkan
mengikut arah kutub bateri yang dipaparkan.
25

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents