Briggs & Stratton 250000 Operator's Manual page 42

Hide thumbs Also See for 250000:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Model: 190000
Jarak Palam Pencucuh
Kilas Palam Pencucuh
Sela Udara Armatur
Kelegaan Injap Pengambilan
Kelegaan Injap Ekzos
Model: 250000
Sesaran
Gerek
Lejang
Kapasiti Minyak
Jarak Palam Pencucuh
Kilas Palam Pencucuh
Sela Udara Armatur
Kelegaan Injap Pengambilan
Kelegaan Injap Ekzos
Kuasa enjin akan berkurangan 3.5% bagi setiap 1,000 kaki (300 meter) di atas paras
laut dan 1% bagi setiap 10°F (5.6°C) di atas 77°F (25°C). Enjin akan beroperasi
dengan memuaskan pada sudut sehingga 15°. Rujuk Manual Pengendali peralatan
untuk had operasi yang dibenarkan dan selamat di lereng.
Alat Ganti Servis – Model: 190000, 250000
Servis Bahagian
Penapis Udara Kertas (Model 190000,
Rajah 15)
Penapis Udara Kertas (Model 190000,
Rajah 16)
Penapis Udara Busa (Model 190000,
Rajah 17)
Penapis Udara Kertas (Model 250000,
Rajah 15)
Penapis Udara Kertas (Model 250000,
Rajah 16)
Penapis Udara Busa (Model 250000,
Rajah 17)
Palam Pencucuh (Perintang)
Palam Pencucuh (Bukan Perintang)
Perengkuh Palam Pencucuh
Penguji Percikan Api
Kami syorkan anda berjumpa dengan Pengedar Servis Sah Briggs & Stratton untuk
kerja-kerja penyelenggaraan dan servis bagi enjin dan bahagian enjin.
Penarafan Kuasa
Pengadaran kuasa kasar bagi model enjin gasolin individu dilabelkan menurut SAE
(Pertubuhan Jurutera Automotif) kod J1940 Prosedur Penarafan Kuasa & Tork Enjin
Kecil, dan dikadarkan menurut SAE J1995. Nilai tork diperoleh pada 2600 RPM untuk
enjin dengan "rpm" yang dinyatakan pada label dan 3060 RPM untuk semua yang
lain; nilai kuasa kuda diperoleh pada 3600 RPM. Keluk kuasa kasar boleh dilihat di
www.BRIGGSandSTRATTON.COM. Nilai kuasa bersih diambil dengan ekzos dan
pembersih udara dipasang manakala nilai kuasa kasar dikumpul tanpa alat tambahan
ini. Kuasa enjin kasar sebenar akan lebih tinggi daripada kuasa enjin bersih dan
dipengaruhi oleh, antara lain, keadaan operasi sekitar dan kepelbagaian enjin ke enjin.
Memandangkan terdapat pelbagai produk di tempat enjin diletakkan, enjin gasolin
mungkin tidak menghasilkan kuasa kasar terkadar apabila digunakan dalam peralatan
kuasa tertentu. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk, tetapi
tidak terhad kepada, pelbagai komponen enjin (pembersih udara, ekzos, pengecasan,
penyejukan, karburetor, pam bahan api, dll), had penggunaan, keadaan operasi
ambien (suhu, kelembapan, altitud), dan kepelbagaian enjin ke enjin. Disebabkan oleh
pembatasan pengilangan dan kapasiti, Briggs & Stratton boleh menggantikan enjin yang
mempunyai nilai kuasa yang lebih tinggi untuk enjin ini. 
Waranti
Waranti Enjin Briggs & Stratton
Berkuat Kuasa Ogos 2021
42
.030 in (,76 mm)
274 lb-in (31 Nm)
.008 - .016 in (,2 - ,4 mm)
.005 - .007 in (,13 - ,18 mm)
.005 - .007 in (,13 - ,18 mm)
25.63 ci (420 cc)
3.543 in (90 mm)
2.598 in (66 mm)
35 - 39 oz (1,05 - 1,15 L)
.030 in (,76 mm)
274 lb-in (31 Nm)
.008 - .016 in (,2 - ,4 mm)
.005 - .007 in (,13 - ,18 mm)
.005 - .007 in (,13 - ,18 mm)
Nombor Bahagian
491588
592605
591778
491588
799818
591778
797235
798615
19605
84003327
®
Waranti Terhad
Briggs & Stratton menjamin bahawa, dalam tempoh waranti yang dinyatakan di
bawah, ia akan membaiki atau menggantikan, secara percuma, mana-mana bahagian
yang rosak pada bahan atau mutu kerja atau kedua-duanya, dengan bahagian
yang baharu, dibaik pulih atau dikilangkan semula, menurut budi bicara Briggs &
Stratton semata-mata. Caj pengangkutan terhadap produk yang diserahkan untuk
pembaikan atau penggantian di bawah waranti ini perlu ditanggung oleh pembeli.
Waranti ini berkuat kuasa bagi dan tertakluk pada tempoh masa dan syarat yang
dinyatakan di bawah. Untuk servis waranti, cari Peniaga Servis Berdaftar yang terdekat
dalam peta pengesan peniaga kami di BRIGGSandSTRATTON.COM. Pembeli mesti
menghubungi Peniaga Servis Berdaftar, dan kemudian menyerahkan produk kepada
Peniaga Servis Berdaftar untuk pemeriksaan dan ujian.
Tiada waranti tersurat yang lain. Waranti tersirat, termasuk yang berkaitan
dengan kebolehdagangan dan kesesuaian bagi tujuan tertentu, adalah terhad
kepada satu tahun dari tarikh pembelian, atau setakat yang dibenarkan oleh
undang-undang. Semua jaminan tersirat lain dikecualikan. Liabiliti bagi
kerosakan sampingan atau berbangkit dikecualikan setakat pengecualian
yang dibenarkan oleh undang-undang. Sesetengah negeri atau negara tidak
membenarkan had terhadap berapa lama waranti tersirat berlangsung, dan
sesetengah negeri atau negara tidak membenarkan pengecualian atau had kerosakan
sampingan atau berbangkit, maka had dan pengecualian di atas mungkin tidak
dikenakan kepada anda. Waranti ini memberi anda hak undang-undang yang tertentu
dan anda mungkin juga mempunyai hak lain yang berbeza-beza mengikut negeri dan
*
negara
.
Terma Waranti Standard
®
3
Vanguard
; Siri Komersial
Kegunaan Pengguna - 36 bulan
Kegunaan Komersial - 36 bulan
Siri XR
Kegunaan Konsumer - 24 bulan
Kegunaan Komersial - 24 bulan
Semua Enjin Lain yang Menampilkan Sarung Besi Tuang Dura-Bore™
Kegunaan Konsumer - 24 bulan
Kegunaan Komersial - 12 bulan
Semua Enjin Lain
Kegunaan Konsumer - 24 bulan
Kegunaan Komersial - 3 bulan
1
Ini ialah terma waranti standard kami, tetapi ada ketikanya mungkin terdapat
perlindungan waranti tambahan yang tidak ditentukan pada masa penerbitan. Untuk
senarai terma waranti semasa bagi enjin anda, pergi ke BRIGGSandSTRATTON.COM
atau hubungi Peniaga Servis Berdaftar Briggs & Stratton anda.
2
Tiada waranti untuk enjin pada peralatan yang digunakan untuk kuasa utama
menggantikan utiliti; penjana tunggu sedia yang digunakan bagi tujuan komersial,
kenderaan utiliti yang melebihi 25 MPH, atau enjin yang digunakan dalam perlumbaan
kompetitif atau di trek komersial atau sewaan.
3
®
Vanguard
yang dipasang pada penjana tunggu sedia: kegunaan pengguna
24 bulan, tiada waranti untuk kegunaan komersial. Siri Komersial dengan tarikh
pembuatan sebelum Julai 2017: kegunaan pengguna 24 bulan, kegunaan komersial
24 bulan.
*
Di Australia – Barangan kami didatangkan dengan jaminan yang tidak boleh
dikecualikan di bawah Undang-Undang Pengguna Australia. Anda berhak
untuk mendapatkan gantian atau bayaran balik bagi kegagalan yang besar dan
untuk pampasan bagi sebarang kerugian atau kerosakan boleh diramalkan
secara munasabah. Anda juga berhak untuk memastikan barangan dibaiki
atau diganti jika barangan tersebut gagal menepati kualiti yang boleh diterima
dan kegagalan ini bukan merupakan satu kegagalan yang besar. Untuk servis
waranti, cari Peniaga Servis Berdaftar yang terdekat dalam peta pengesan
peniaga kami di BRIGGSandSTRATTON.COM, atau dengan menghubungi
1300 274 447, atau dengan menghantar e-mel atau menulis surat kepada
salesenquiries@briggsandstratton.com.au, Briggs & Stratton Australia Pty Ltd, 1
Moorebank Avenue, Moorebank, NSW, Australia, 2170.
Tempoh jaminan bermula pada tarikh pembelian oleh pengguna runcit pertama, dan
berterusan untuk tempoh masa yang dinyatakan di atas. "Penggunaan Pengguna"
bermaksud kegunaan isi rumah kediaman peribadi oleh seorang pengguna runcit.
"Penggunaan Komersial" bermakna semua kegunaan lain, termasuk penggunaan
untuk tujuan komersial, yang menghasilkan pendapatan atau sewa. Apabila enjin telah
mengalami kegunaan komersial, ia akan selepas itu, dianggap sebagai sebuah enjin
untuk kegunaan komersial bagi tujuan waranti ini.
Tiada pendaftaran jaminan diperlukan untuk mendapatkan jaminan terhadap
produk Briggs & Stratton. Simpan resit bukti pembelian anda. Jika anda tidak
memberikan bukti tarikh pembelian awal pada waktu servis waranti diminta,
tarikh pengilangan produk akan digunakan untuk menentukan tempoh waranti.
1, 2, 3

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

190000

Table of Contents