Menggunakan Robot Anda - Philips HomeRun Aqua 3000 Series Manual

Vacuum & mop robot
Hide thumbs Also See for HomeRun Aqua 3000 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Tetapan
Kuasa sedutan
Paras kebasahan
mengemop
Ulangan laluan
pembersihan
Tetapan
Penggalak karpet

Menggunakan robot anda

Membuat persiapan bagi aktiviti pembersihan
Deskripsi
Tukarkan kuasa sedutan:
-
Eko: untuk pembersihan yang cekap dengan penggunaan tenaga yang rendah
dan paras bunyi bising yang rendah.
-
Biasa: untuk pembersihan automatik dan penyingkiran habuk halus yang
berkesan di atas lantai keras dengan imbangan optimum antara kuasa dengan
kecekapan.
-
Tinggi: untuk pembersihan rapi lantai besar. Boleh membersihkan lebih pada
sekali cas daripada mod maksimum.
-
Maksimum: paling sesuai untuk menyingkirkan kotoran besar seperti serdak
makanan. Kuasa sedutan yang kuat membuang zarah habuk yang halus, yang
tersembunyi jauh dalam karpet dan celah.
Menentukan kadar aliran yang dipam daripada tangki air elektrik ke mop:
PENTING: Jangan tambah air panas atau detergen pembersihan ke
dalam tangki air.
-
Tiada: Mematikan paras kebasahan mengemop bagi lantai kayu tidak bersalut
dan karpet.
-
Rendah: untuk mengemop lantai sensitif iaitu parket. Kombinasi memvakum dan
mengemop menyingkirkan habuk yang lebih halus daripada memvakum sahaja.
-
Sederhana: optimum untuk pembersihan basah & kering biasa. Mop
menyingkirkan habuk permukaan dan bakteria untuk menjaga kebersihan dan
kesihatan rumah anda.
-
Tinggi: Untuk rumah yang sebersih-bersihnya. Anda disyorkan agar
menggabungkan tetapan ini dengan 2 atau 5 ulangan laluan pembersihan
untuk pembersihan yang intensif.
Nyatakan bilangan laluan pembersihan. Satu laluan sudah mencukupi untuk
pembersihan biasa. Anda boleh memprogram robot supaya membuat 2 atau 5
laluan untuk pembersihan yang intensif. Disyorkan untuk membuat pilihan ini hanya
bagi kawasan pembersihan yang khusus kerana ia mempengaruhi tempoh
pembersihan.
Tetapan lanjutan
Untuk setiap mod membersih, anda boleh memperhalusi tetapan lanjutan yang
berikut:
Deskripsi
Hidupkan atau matikan penggalak karpet. Robot secara automatik meningkatkan
kuasa sedutan apabila robot bergerak ke atas karpet atau ambal. Disyorkan untuk
mendayakan tetapan ini.
-
Sebelum anda memulakan robot untuk aktiviti pembersihannya:
Bahasa Melayu
75

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Xu3110/02

Table of Contents