Ninja CB352SM Owner's Manual page 30

Foodi power blender & processor mega kitchen system
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

ARAHAN KESELAMATAN PENTING
SILA BACA SEBELUM PENGGUNAAN • UNTUK PENGGUNAAN DI RUMAH SAHAJA
AMARAN
39
JANGAN cuba menanggalkan bekas dan
penutup dari tapak motor semasa set bilah
sedang berputar. Biarkan perkakas untuk
berhenti sepenuhnya sebelum menanggalkan
penutup dan bekas.
40
Sekiranya alat menjadi terlalu panas, suis terma
akan diaktifkan dan mematikan motor buat
sementara waktu. Untuk melaraskan semula,
cabut palam perkakas dan biarkan unit menjadi
sejuk untuk lebih kurang 15 minit sebelum
digunakan semula.
41
JANGAN mendedahkan bekas dan aksesori
ke perubahan suhu yang melampau. Mereka
mungkin mengalami kerosakan.
42
Setelah selesai memproses, pastikan set
bilah dikeluarkan SEBELUM mengosongkan
kandungan bekas. Tanggalkan set bilah dengan
mengenggam bahagian atas syaf dengan teliti
dan mengangkatnya dari bekas. Kegagalan
untuk mengeluarkan set bilah sebelum
mengosongkan bekas mengakibatkan risiko
luka.
43
Jika menggunakan muncung tuang balang,
tahan penutupnya di bekas atau pastikan kunci
penutup dipasang semasa menuang untuk
mengelakkan risiko kecederaan.
44
Keluarkan Set Bilah Hybrid Edges dari Cawan
Power Nutri atau Mangkuk Power Smoothie
selepas lengkap membuat pengisaran.
JANGAN simpan bahan sebelum atau
selepas mengisarnya dalam cawan atau
mangkuk dengan set bilah dipasang. Beberapa
makanan mungkin mengandungi bahan
aktif atau membebaskan gas yang akan
mengembang jika dibiarkan dalam bekas
yang ditutup, mengakibatkan penumpukan
tekanan yang berlebihan yang menimbulkan
risiko kecederaan. Untuk penyimpanan bahan
di dalam cawan, hanya gunakan Penutup
Muncung atau Penutup Penyimpanan untuk
menutup.
45
Nilai watt maksimum untuk perkakas ini adalah
berdasarkan konfigurasi Set Bilah Hybrid Edge
dan Cawan Power Nutri Cup. Konfigurasi lain
boleh mengurangkan daya atau arus.
SIMPAN ARAHAN-ARAHAN INI
30
SG +65 800 120 5111 | MY +60 1800 803 915
46
JANGAN merendamkan tapak motor atau
panel kawalan dalam air atau cecair lain.
JANGAN semburkan tapak motor atau panel
kawalan dengan apa-apa cecair.
47
JANGAN cuba mengasah bilah.
48
Matikan perkakas dan cabut palam tapak
motor sebelum membersihkan.
49
Elakkan tangan, rambut, dan pakaian, serta
juga perkakas dari termasuk ke dalam bekas
ketika memproses untuk mengurangkan risiko
kecederaan terhadap orang atau kerosakan
pada pengisar.
50
Sentiasa menggunakan pengisar diatas
permukaan kerja yang kering, stabil dan jauh
dari air.
51
JANGAN membenarkan kanak-kanak untuk
mengoperasikan perkakas ini atau digunakan
sebagai mainan. Penyeliaan ketat diperlukan
apabila apa-apa pengisar digunakan
berhampiran kanak-kanak.
52
JANGAN menggunakan pengisar untuk apa-
apa selain penggunaan yang dimaksudkan.
53
JANGAN mengendalikan pengisar atas atau
dekat apa-apa permukaan panas (seperti
dapur gas atau elektrik atau dalam ketuhar
panas).
54
JANGAN mendedahkan bekas kepada
perubahan suhu yang melampau.
55
JANGAN guna pengisar jika bahagiannya
retak atau terkelupas.
56
JANGAN menggunakan pengisar jika bilahnya
bengkok atau rosak.
57
JANGAN cuba mengasah bilah.
58
JANGAN isi berlebihan.
59
JANGAN mengoperasikan perkakas yang
kosong.
60
JANGAN mengoperasikan tanpa meletakkan.
penutupnya.
61
JANGAN cuba mengatasi mekanisme
berpanca.
62
JANGAN menggunakan di luar rumah.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents