Menggunakan Balang Pengisar & Pemproses Berkuasa & Set Tindanan Bilah - Ninja CB352SM Owner's Manual

Foodi power blender & processor mega kitchen system
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

MENGGUNAKAN BALANG BERKUASA PENGISAR
& PEMPROSES & SET TINDANAN BILAH
PENTING: Semak semua amaran di muka
surat 28-30 sebelum meneruskan.
PENTING: Sebagai ciri keselamatan, bila
unit dihidupkan, jika balang dan penutup
tidak dipasang dengan betul, pemasa
akan memaparkan "- -" dan motor akan
dinyahboleh. Sekiranya ini berlaku, ulangi
langkah 2 dan 5 di halaman ini. Apabila
balang dan penutup dipasang dengan
betul, dan unitnya dihidupkan, butang
program LED akan menyala, menunjukkan
perkakasnya sedia untuk digunakan.
NOTA: Program-program Auto-iQ
mempunyai jeda dan perubahan kelajuan
sepanjang kitaran.
NOTA: JANGAN tambah bahan sebelum
selesai memasang Set Tindanan Bilah.
NOTA: Sekiranya Set Tindanan Bilah belum
diletakkan dengan sepenuhnya, anda tidak
akan dapat memasang dan mengunci
penutupnya.
NOTA: Pemegang penutup balang tidak
akan dilipat ke bawah kecuali dipasang pada
balang.
1
Sambungkan palam tapak motor dan
letakkan diatas permukaan yang bersih,
kering, rata seperti kaunter dapur atau meja.
2
Turunkan balang ke tapak motor Pemegang
hendaklah sejajar sedikit ke kanan dan balang
harus diorientasi agar simbol LOCK boleh
dilihat pada tapak motor. Pusingkan balang
mengikut arah jam sehingga ia masuk ke
tempatnya.
3
Dengan berhati-hati, genggam Set
Tindanan Bilah pada bahagian atas syaf
dan meletakkannya ke gear pemacu di
dalam balang. Sila maklum bahawa set bilah
tersebut akan dipasang secara longgar pada
gear pemacu.
4
Masukkan bahan ke dalam balang. JANGAN
tambah bahan melebihi aras MAX LIQUID
balang.
5
Letakkan penutupnya ke atas balang. Tekan
pemegang ke bawah sehingga terkunci pada
tempatnya. Setelah penutupnya terkunci
di tempatnya, tekan butang Kuasa untuk
menghidupkan unit. Butang program yang
ada akan bernyala dan unit sedia digunakan.
SG ninjakitchen.sg | MY ninjakitchen.my
35

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents