Menggunakan Balang Pengisar & Pemproses; Berkuasa & Set Tindanan Bilah - Ninja CB352SM Owner's Manual

Foodi power blender & processor mega kitchen system
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

MENGGUNAKAN BALANG PENGISAR & PEMPROSES
BERKUASA & SET BILAH DOUGH
PENTING: Semak semua amaran di muka
surat 28-30 sebelum meneruskan.
PENTING: Sebagai ciri keselamatan, bila
unit dihidupkan, jika balang dan penutup
tidak dipasang dengan betul, pemasa
akan memaparkan "- -" dan motor akan
dinyahupayakan. Sekiranya ini berlaku, ulangi
langkah 2 dan 5 di halaman ini. Apabila
balang dan penutup dipasang dengan
betul, dan unitnya dihidupkan, butang
program LED akan menyala, menunjukkan
perkakasnya sedia digunakan.
NOTA: Program Auto-iQ mempunyai jeda
dan perubahan kelajuan sepanjang kitaran.
NOTA: JANGAN tambah bahan sebelum
selesai memasang Set Bilah Dough.
NOTA: Sekiranya Set Bilah Dough belum
diletakkan dengan sepenuhnya, anda tidak
akan dapat memasang dan mengunci
penutupnya.
NOTA: Pemegang penutup balang tidak
akan dilipat ke bawah kecuali dipasang pada
balang.
1
Pasangkan tapak motor dan letakkan di
tempat bersih, kering, permukaan rata seperti
kaunter dapur atau meja.
2
Turunkan balang ke tapak motor. Pemegang
hendaklah sejajar sedikit ke kanan dan balang
seharusnya diorientasi supaya simbol LOCK
boleh dilihat di tapak motor. Putar balang
mengikut arah jam sehingga ia masuk ke
tempatnya.
3
Dengan berhati-hati, genggam Set Bilah
Dough di bahagian atas syaf dan letakkan
ke gear pemacu di dalam balang. Perhatikan
bahawa set bilah akan dipasang longgar
pada gear pemacu.
4
Masukkan bahan ke dalam balang. JANGAN
tambah bahan melebihi aras DOUGH MAX
(MAX PÂTE) atau aras COOKIE MAX (MAX
BISCUIT) pada balang.
5
Letakkan penutup di atas balang. Tekan ke
bawah pemegang sehingga terkunci pada
tempatnya. Setelah penutupnya terkunci
di tempatnya, tekan butang Kuasa untuk
menghidupkan unit. Butang program yang
ada akan bernyala dan unit sedia digunakan.
SG ninjakitchen.sg | MY ninjakitchen.my
37

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents