Ninja CB352SM Owner's Manual page 29

Foodi power blender & processor mega kitchen system
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

17
JANGAN biarkan kabel terjuntai dari bahagian
tepi meja atau kaunter. Kabel tersebut mungkin
akan tersangkut dan menarik perkakas dari
permukaan kerja.
18
JANGAN membiarkan unit atau kabel
tersentuh permukaan yang panas, termasuklah
dapur dan peralatan pemanasan lain.
19
SENTIASA menggunakan perkakas atas
permukaan yang kering dan rata.
20
JANGAN membenarkan kanak-kanak untuk
mengoperasikan perkakas ini atau digunakan
sebagai mainan. Penyeliaan ketat diperlukan
apabila terdapat perkakas digunakan
berhampiran kanak-kanak.
21
Perkakas ini TIDAK dimaksudkan untuk
digunakan oleh orang yang mengalami
kekurangan kebolehan fizikal, deria, atau
kebolehan mental, atau kekurangan
pengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
telah diberi pengawasan atau arahan tentang
penggunaan alat ini oleh seseorang yang
bertanggungjawab terhadap keselamatan
mereka.
22
HANYA gunakan alat tambahan dan aksesori
yang dibekalkan dengan produk atau disyorkan
oleh SharkNinja. Penggunaan alat tambahan,
termasuk balang pengetinan, yang tidak
disyorkan atau dijual oleh SharkNinja boleh
menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, atau
kecederaan.
23
JANGAN PERNAH meletakkan set bilah atas
tapak motor tanpa ia dikunci terlebih dahulu
serta dipasang ke bekas (balang, cawan atau
mangkuk smoothie) yang sesuai dengan
penutup diletakkan di tempatnya.
24
Elakkan tangan, rambut, dan pakaian daripada
termasuk ke dalam bekas saat memuat dan
beroperasi.
25
Semasa pengoperasian dan pengendalian
perkakas, elakkan tersentuh bahagian yang
bergerak.
26
JANGAN isi bekas melebihi MAX FILL atau
aras MAX LIQUID.
27
JANGAN mengendalikan perkakas dengan
bekas kosong.
SIMPAN ARAHAN-ARAHAN INI
28
JANGAN memasukkan apa-apa bekas atau
aksesori yang disediakan bersama perkakas ke
dalam ketuhar gelombang mikro.
29
JANGAN biarkan perkakas tanpa pengawasan
ketika digunakan.
30
JANGAN kisar cecair panas. Melakukannya
boleh mengakibatkan peningkatan tekanan
dan pendedahan kepada wap yang boleh
menimbulkan risiko terbakar.
31
JANGAN memproses bahan kering tanpa
menambahkan cecair ke dalam cawan satu
hidangan. Mangkuk Power Smoothie, atau
Balang. Ia tidak bertujuan untuk membuat
pengadunan kering.
32
JANGAN melakukan pengoperasian
pengisaran dalam balang. Cawan Power Nutri,
atau Mangkuk Power Smoothie.
33
JANGAN mengoperasikan perkakas tanpa
penutup dan tetopi dipasang. JANGAN cuba
untuk menanggalkan mekanisme berpanca.
Pastikan bekas dan penutupnya telah dipasang
dengan betul sebelum pengoperasian.
34
Sebelum pengoperasian, pastikan semua
perkakas dikeluarkan dari bekas. Kegagalan
untuk membuang perkakas boleh
menyebabkan bekas hancur dan berpotensi
mengakibatkan kecederaan peribadi dan
kerosakan harta benda.
35
Pastikan tangan dan perkakas berada di luar
bekas ketika memotong untuk mengurangkan
risiko kecederaan peribadi atau kerosakan yang
teruk kepada pengisar/pencincang makanan.
Pengikis boleh digunakan HANYA apabila
pengisar atau pemproses tidak berjalan.
36
Sekiranya anda mendapati bahan yang tidak
dicampurkan melekat di bahagian tepi cawan,
hentikan perkakas, keluarkan set bilah, dan
gunakan pengikis untuk mengeluarkan bahan.
37
JANGAN buka penutup muncung tuang
balang semasa pengisar sedang beroperasi.
38
Sekiranya anda mendapati bahan yang tidak
dicampurkan melekat di bahagian tepi balang,
hentikan perkakas, tanggalkan penutup, dan
gunakan spatula untuk mengeluarkan bahan.
JANGAN memasukkan tangan anda ke dalam
balang, anda boleh terkena salah satu bilah
dan mengalami luka.
SG ninjakitchen.sg | MY ninjakitchen.my
29

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents