Download Print this page

Philips HD6370 User Manual page 21

Hide thumbs Also See for HD6370:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
1
Luncurkan dulang titis ke dalam tapak (Gamb. 3).
Nota: Dulang titis hanya boleh disisipkan ke dalam tapak dengan satu cara sahaja.
2
Letakkan grid menggril (HD6372 sahaja) atau grid barbeku di atas tapak (Gamb. 4).
3
Masukkan plag ke dalam soket dinding (1) dan putarkan tombol kawalan ke kedudukan
'simpan panas' selama 2 saat (2) (Gamb. 5).
4
Putarkan tombol ke kedudukan 'hidup' (Gamb. 6).
HD6372: Grid menggril sudah panas dan sedia untuk digunakan dengan serta merta.
,
Masa yang diambil untuk grid barbeku memanas adalah lebih kurang 6 hingga 7 minit.
,
5
Gunakan spatula atau penyepit untuk meletakkan bahan ramuan ke atas grid (Gamb. 7).
Berhati-hati: grid itu panas!
Nota: Apabila anda memerap makanan anda, gunakan sedikit minyak sahaja dan beruskan perapan
dengan perlahan ke atas makanan kerana minyak akan menyebabkan asap yang berlebihan.
Grid barbeku sahaja: ketika menggril, anda akan mendengar bunyi desiran yang biasa
,
kedengaran ketika membuat barbeku.
Nota: Masa menggril bergantung pada ketebalan dan saiz makanan dan mungkin berbeza-beza.
Nota: Sekiranya anda menggril bahan yang banyak lemak, anda akan terlihat asap keluar daripada
makanan, tetapi asap itu tidak sebanyak yang keluar daripada gril meja elektrik konvensional.
6
Setelah makanan masak, alihkan daripada grid dan putarkan tombol kawalan ke kedudukan
simpan panas jika anda ingin memakan makanan tersebut kemudian. (Gamb. 8)
Gunakan spatula atau penyepit untuk mengambil makanan. Jangan gunakan alatan dapur daripada
logam, yang tajam atau yang melelaskan.
7
Leraikan sebarang makanan atau gris yang telah mengeras dengan berhati-hati menggunakan
spatula dan keluarkan lebihan minyak daripada dulang titis sebelum anda menggril kumpulan
makanan yang seterusnya.
8
Untuk terus menggril, letakkan kumpulan makanan yang seterusnya di atas grid.
9
Setelah anda selesai menggril, matikan perkakas (1) dan tanggalkan plag daripada soket dinding (2).
(Gamb. 9)
Masa menggril (Gamb. 10)
Jadual makanan menunjukkan beberapa jenis makanan yang boleh dimasak menggunakan gril meja
ini. Jadual ini menunjukkan tempoh sesuatu makanan perlu digril (tidak termasuk masa memanaskan
perkakas). Masa dan suhu menggril bergantung pada jenis makanan yang anda sediakan (cth. daging),
ketebalannya dan suhunya serta cita rasa anda sendiri.
Petua
-
Kepingan daging lembut amat sesuai untuk digril.
-
Kepingan daging seperti stik menjadi lebih lembut jika diperap semalaman.
-
Terbalikkan makanan sekali sahaja dengan spatula atau penyepit untuk memastikan air di
dalamnya tetap banyak dan tidak kering. Jangan gunakan alatan logam seperti garpu atau
penyepit gril kerana ia akan merosakkan salutan tak melekat pada grid.
-
Jangan terbalikkan makanan dengan terlalu kerap.
-
Semasa anda menyediakan sate atau kebab, rendam pencucuk buluh atau kayu dalam air untuk
mengelakkannya daripada terbakar semasa menggril. Jangan gunakan pencucuk logam.
-
Sosej mudah pecah semasa ia digril. Untuk mengelakkannya, toreh kulitnya secara memanjang
beberapa kali.
BAHASA MELAYU
23

Advertisement

loading