Download Print this page

Arahan Keselamatan - TEFAL BL115 Manual

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PENERANGAN PERALATAN
A
Cawan penyukat
B
Penudung
C
Unit jag pengadun
- c1 Unit mata pisau
- c2 Gasket
- c3 Jag pengadun berperingkat
D
Unit motor
E
Pemilih kelajuan
Baca arahan untuk digunakan dengan berhati-hati sebelum menggunakan peralatan
bagi kali pertama: pengilang tidak akan menerima liabiliti sekiranya berlaku apa-apa
penggunaan yang tidak mematuhi arahan.
Peralatan ini bukan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang keupayaan fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman dan
pengetahuan, kecuali mereka telah diberikan pengawasan atau arahan mengenai
penggunaan peralatan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas keselamatan
mereka. Kanak-kanak hendaklah tidak dibenarkan bermain dengan peralatan.
Ia direka untuk berfungsi dengan arus ulang alik sahaja. Sila periksa sama ada
voltan bekalan kuasa yang ditunjukkan pada plat nama peralatan sepadan dengan
pemasangan elektrik anda.
Produk ini telah direka untuk kegunaan domestik saja. Apa-apa penggunaan
komersil, secara tidak sesuai atau gagal mematuhi arahan, pengilang tidak akan
bertanggungjawab dan jaminan tidak akan terpakai.
Pastikan untuk tanggalkan plag peralatan jika anda mesti tinggalkan tanpa
pengawasan, sebelum memasukkan atau mengeluarkan aksesori atau sebelum
membersihkannya. Jangan tarik kord bekalan kuasa untuk menanggalkan peralatan.
Jangan gunakan alat anda jika ia tidak beroperasi dengan betul, jika ia telah rosak
atau jika kord bekalan kuasa atau plag rosak. Untuk mengekalkan keselamatan,
bahagian ini mesti digantikan oleh pusat perkhidmatan yang diluluskan (lihat senarai
dalam buku panduan perkhidmatan).
Apa-apa penyelenggaraan selain daripada pembersihan rutin dan senggaraan oleh
pelanggan mesti dijalankan oleh pusat perkhidmatan yang diluluskan.
Jangan rendam peralatan, kord atau plag di dalam cecair. Kord bekalan kuasa
mesti dijauhkan daripada kanak-kanak dan mesti tidak diletakkan berdekatan atau
bersentuhan dengan bahagian panas peralatan, sumber haba atau bucu tajam.
Untuk keselamatan anda, hanya gunakan dan alat ganti yang sepadan dengan
peralatan anda, dijual oleh pusat perkhidmatan yang diluluskan.
Mata pisau adalah sangat tajam: kendalikannya dengan berhati-hati untuk
mengelakkan kecederaan.
Jangan gunakan pengadun atau aksesorinya tanpa bahan dan jangan tuang cecair
mendidih ke dalam jag.
Selalu gunakan jag pengadun dengan penutupnya (B).
Sentiasa tuang bahan cecair ke dalam jag dahulu, sebelum menambah bahan
pepejal, tanpa melebihi aras maksimum.
Jangan masukkan jari anda atau apa-apa objek lain ke dalam pengadun apabila
peralatan berjalan.
F
Aksesori (bergantung pada model) :
Giling universal
- f1 Gasket pengedap
- f2 Unit mata pisau giling
- f3 Mangkuk giling universal

ARAHAN KESELAMATAN

19
MS

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Bl1151ad