Philips HR2170/50 Manual page 43

Philips viva collection blender hr2170/50 600 w 2 l glass jar
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bunga cengkih, bunga lawang dan jintan manis hendaklah diproses bersama-sama dengan bahan-
bahan lain setiap kali. Jika diproses berasingan, bahan-bahan ini mungkin akan meninggalkan kesan
ke atas bahan-bahan plastik perkakas ini.
Pengisar kering ini tidak sesuai digunakan untuk mencincang ramuan yang sangat keras seperti
buah pala dan kiub ais.
Jangan melebihi paras maksimum yang ditunjukkan pada balang pengisar.
Menyediakan pengisar untuk digunakan
1
Masukkan bahan kering ke dalam balang pengisar kering (Gamb. 10).
Nota: Lihat jadual pengisar di bahagian akhir manual pengguna untuk kuantiti dan masa pemprosesan
yang disyorkan.
2
Ketatkan unit pisau pengisar mengikut arah jam pada balang pengisar (Gamb. 11).
3
Terbalikkan pengisar yang telah dipasang dan ketatkannya pengikut arah jam pada unit
motor (Gamb. 12).
Menggunakan pengisar kering
1
Hidupkan suis perkakas.
Kami menasihati anda untuk menggunakan seting denyut atau seting kelajuan 5.
Jangan gunakan pengisar kering berjalan lebih daripada 30 saat tanpa gangguan.
2
Apabila anda telah selesai memproses, tetapkan tombol kawalan pada 0 dan cabut plag
perkakas.
3
Untuk mengeluarkan pengisar dari unit motor, putarkan pengisar melawan arah jam.
Pencincang (HR2168 sahaja)
Anda boleh menggunakan pencincang untuk mencincang bahan seperti bawang, daging, herba, sayur-
sayuran, buah-buahan, coklat, keju yang keras, makanan bayi dan kacang.
HR2170/HR2161/HR2160: Anda boleh memesan pencincang (nombor jenis HR2965) daripada
wakil penjual Philips anda.
Jangan gunakan pencincang untuk mencampurkan cecair. Gunakan pengisar untuk tujuan ini.
1
Masukkan unit gandaan pencincang ke dalam bahagian bawah mangkuk pencincang (1).
Putarkan unit gandaan melawan arah jam untuk menetapkannya (2) (Gamb. 13).
2
Letakkan mangkuk pencincang (1) pada unit motor dan putarkannya melawan arah jam untuk
menetapkannya (2). (Gamb. 14)
3
Letakkan unit pisau pencincang ke dalam mangkuk pencincang (Gamb. 15).
4
Masukkan bahan-bahan ke dalam mangkuk pencincang (Gamb. 16).
Nota: Lihat jadual pengisar di bahagian akhir manual pengguna untuk kuantiti dan masa pemprosesan
yang disyorkan.
Jangan melebihi kuantiti maksimum yang ditunjukkan dalam jadual.
Petua: Potong terlebih dahulu ketulan makanan ke dalam bahagian sebesar 1-2sm.
5
Letakkan tudung pada mangkuk pencincang (1) dan putarkannya mengikut arah jam untuk
menetapkannya (2) (Gamb. 17).
Nota: Pastikan tudung dipasang dengan betul sebelum anda menghidupkan perkakas.
BaHasa MElayu
43

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents