Philips HR2170/50 Manual page 41

Philips viva collection blender hr2170/50 600 w 2 l glass jar
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Jangan masukkan bahan melebihi paras maksimum yang ditunjukkan pada balang pengisar. HR2171
sahaja: Anda boleh melihat senggatan di bahagian dalam balang.
1
Masukkan plag utama ke dalam soket.
2
Hidupkan suis perkakas. (Gamb. 6)
Nota: Lihat jadual pengisar di bahagian akhir manual pengguna untuk kuantiti, seting kelajuan dan masa
pemprosesan yang disarankan.
-
Untuk memproses bahan pada kelajuan tertentu, putarkan tombol kawalan kepada seting
kelajuan yang dikehendaki.
Jangan biarkan perkakas berjalan berterusan selama lebih daripada 2 minit. Biarkan perkakas
menyejuk kepada suhu bilik sebelum anda meneruskan pemprosesan.
-
Untuk memproses bahan untuk masa yang singkat, putar tombol kawalan ke seting denyut (P)
beberapa kali.
Jangan guna seting denyut lebih daripada beberapa saat pada sesuatu masa.
-
Untuk menghancurkan ais, tekan butang AIS.
Petua: Anda boleh melihat hasilnya melalui tudung yang lut sinar.
3
Apabila anda telah selesai memproses, tetapkan tombol kawalan pada 0 dan cabut plag
perkakas.
Anda hendaklah mengeset tombol kawalan pada 0 setiap kali sebelum anda membuka tudungnya.
Petua
-
Untuk mencegah tumpahan, jangan masukkan lebih daripada 1.5 liter cecair ke dalam balang
pengisar, lebih-lebih lagi apabila anda mengisar pada kelajuan tinggi. Jangan masukkan lebih
daripada 1liter ke dalam balang pengisar apabila anda memproses cecair panas atau bahan yang
mudah berbuih.
-
Anda boleh menggunakan bukaan pada tudung untuk menambah bahan semasa perkakas
sedang berjalan (Gamb. 7).
-
Jangan proses bahan kering lebih daripada 1 minit.
-
Potongkan bahan pepejal kepada bahagian-bahagian kecil sebelum memasukkannya ke dalam
balang pengisar. Jangan proses kuantiti bahan pepejal yang banyak sekali gus. Sebaliknya, proses
bahan ini dalam beberapa kelompok kecil.
-
Jika anda tidak berpuas hati dengan hasilnya semasa anda mengisar bahan-bahan pejal, gunakan
seting denyut beberapa kali untuk membolehkan pengisar berjalan sekejap. Jika anda hendak
menggunakan spatula, matikan perkakas, buka tudung dan kemudian kacau bahan-bahannya.
Anda boleh juga mengeluarkan sesetengah bahan-bahan balang dan proses jumlah yang lebih
kecil.
-
Untuk menghancurkan kiub ais, letakkan paling banyak 5 kiub ais di dalam balang pada satu-satu
masa dan tekan butang ICE beberapa kali.
HR2171 sahaja: Balang dibuat daripada keluli tahan karat. Jangan jatuhkan balang ke lantai yang
keras. Elakkan kejutan terma yang melampau. HR2170 sahaja:Balang dibuat daripada kaca, oleh itu
ia boleh pecah. Jangan jatuhkan balang ke lantai yang keras. Juga elakkan kejutan suhu yang
melampau. Jika balang terlalu sejuk, bilas betul-betul dengan air suam sebelum anda menuang
cecair panas ke dalamnya. Jika balang kaca ini retak, berhenti menggunakannya.
Penapis (HR2168/HR2167 sahaja)
Anda boleh menggunakan penapis untuk menghasilkan sos, jus buah segar atau koktel yang lebih
halus kisarannya. Semua biji dan kulit buah akan tersangkut pada penapis.
HR2170/HR2160: Anda boleh memesan penapis (nombor jenis HR2963) daripada wakil penjual
Philips anda.
BaHasa MElayu
41

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents