Panduan Memasak; Gelombang Mikro; Memasak - Samsung ME731K User Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Panduan memasak

Gelombang mikro

Tenaga gelombang mikro sebenarnya menembusi makanan, tertarik kepada dan diserap oleh
kandungan air, lemak dan gulanya.
Gelombang mikro menyebabkan molekul-molekul di dalam makanan bergerak dengan pantas.
Pergerakan molekul yang pantas ini menimbulkan geseran dan haba yang dihasilkan memasak
makanan.

Memasak

Perkakas memasak untuk proses memasak gelombang mikro:
Perkakas memasak mestilah membolehkan tenaga gelombang mikro menembusinya untuk
kecekapan maksimum. Gelombang mikro dipantulkan oleh logam, seperti keluli tahan karat,
aluminium dan tembaga, tetapi ia boleh menembusi seramik, kaca, tembikar dan plastik serta
kertas dan kayu. Jadi makanan tidak boleh dimasak di dalam bekas logam.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak gelombang mikro:
Banyak jenis makanan sesuai untuk proses memasak gelombang mikro, termasuk sayur-
sayuran segar dan sejuk beku, buah-buahan, pasta, beras, biji-bijian, kacang, ikan dan
daging. Sos, kastard, sup, puding kukus, jeruk, dan cutni boleh juga dimasak di dalam ketuhar
gelombang mikro. Umumnya, proses memasak gelombang mikro adalah ideal bagi sebarang
makanan yang biasanya dimasak di atas dapur. Contohnya, mencairkan mentega atau coklat.
Menutup semasa memasak
Menutup makanan semasa memasak adalah sangat penting, kerana air yang menyejat naik
sebagai wap dan menolong proses memasak. Makanan boleh ditutup dengan pelbagai cara:
spt. dengan pinggan seramik, penutup plastik atau plastik lekap gelombang mikro yang sesuai.
Masa Biar
Selepas proses memasak selesai, masa biar untuk makanan adalah penting untuk
membolehkan suhu menjadi seimbang di dalam makanan.
ME731K-M_XSM_DE68-04491A-00_MS+ZH+EN.indb 25
Memanaskan semula cecair dan makanan
Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual ini sebagai garis panduan untuk memanaskan
semula.
Makanan
Saiz Hidangan
Minuman (Kopi,
150 ml (1 cawan)
Teh dan Air)
250 ml (1 koleh)
Arahan
Tuangkan ke dalam cawan dan panaskan semula tanpa ditutup. Letakkan
cawan/koleh di tengah-tengah pinggan putar. Biarkan di dalam ketuhar
gelombang mikro semasa masa biar dan kacau rata. Biarkan selama 1-2
minit.
Sup (Dingin)
250 g
Arahan
Tuang ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan plastik lekap
yang telah dilubangkan. Kacau rata selepas memanaskan semula. Kacau
sekali lagi sebelum menghidangkannya. Biarkan selama 2-3 minit.
Stew (Dingin)
350 g
Arahan
Letakkan stew ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan
plastik lekap yang telah dilubangkan. Kacau sekali-sekala semasa
memanaskan semula dan sekali lagi sebelum membiarkan dan
menghidangkannya. Biarkan selama 2-3 minit.
Pasta dengan
350 g
Sos (Dingin)
Arahan
Letakkan pasta (contohnya spageti atau mi telur) di atas pinggan seramik
leper. Tutup dengan plastik lekap gelombang mikro. Kacau sekali lagi
sebelum menghidangkannya. Biarkan selama 3 minit.
Kuasa
Masa (min.)
800 W
1-1½
1½-2
800 W
3-3½
600 W
5½-6½
600 W
4½-5½
Bahasa Melayu 25
2017-04-20
8:39:59

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Me731k-m

Table of Contents