ResMed AirFit F20 NV User Manual page 320

Non-vented full face mask
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 8
AMARAN AM
• Oksigen menyokong pembakaran. Oksigen tidak boleh digunakan
semasa merokok atau dengan kehadiran api terbuka. Gunakan
oksigen hanya dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang
baik.
• Pada kadar tetap aliran oksigen tambahan, kepekatan oksigen
yang disedut berbeza-beza, bergantung kepada tetapan tekanan,
corak pernafasan pesakit, topeng, titik pemasangan dan kadar
kebocoran.
• Spesifikasi teknikal topeng disediakan supaya anda boleh
memastikan bahawa topeng serasi dengan peranti ventilator. Jika
digunakan di luar spesifikasi atau jika digunakan dengan peranti
yang tidak serasi, terapi optimum mungkin tidak dapat dicapai.
• Berhenti menggunakan topeng ini jika pesakit tersebut
mempunyai SEBARANG tindak balas negatif terhadap
penggunaan topeng, dan berbincang dengan doktor atau ahli
terapi tidur mereka.
• Penggunaan topeng boleh menyebabkan sakit gigi, gusi atau
rahang atau menjadikan keadaan gigi sedia ada lebih teruk. Jika
gejala berlaku, rujuk pakar perubatan atau doktor gigi mereka.
• Topeng ini tidak dicipta untuk digunakan secara serentak dengan
perubatan penebula yang ada dalam laluan udara topeng/ tiub.
• Sama seperti semua topeng, pernafasan ulang boleh berlaku
pada tekanan rendah.
• Rujuk kepada manual peranti ventilator yang sesuai untuk butiran
mengenai tetapan dan maklumat operasi.
• Alihkan semua bungkusan sebelum menggunakan topeng.
Nota: Bagi apa-apa kejadian serius yang berlaku yang berkaitan dengan
peranti ini, ini perlu dilaporkan kepada ResMed dan pihak berkuasa
berwibawa di negara anda.
Menggunakan topeng
Apabila menggunakan topeng dengan peranti ResMed yang mempunyai
pilihan tetapan topeng, rujuk kepada bahagian spesifikasi Teknikal dalam
panduan pengguna ini untuk tetapan yang betul.
4

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents