Penyelenggaraan Dan Penjagaan; Pelupusan - Medisana RG 219 User Manual

Mmg pro fascia power gun
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
ARAHAN KENDALIAN
• Pilih kepala urutan boleh tanggal yang sesuai dengan keperluan anda dan
pasangkan pada MMG Pro.
• Hidupkan dengan menekan butang Power On/Off selama 3 saat, kemudian
lampu LED di bahagian panel belakang akan menyala dengan warna biru.
• Getaran akan bermula pada tahap LOW (2,800 rpm). Anda boleh menekan butang
lagi untuk beralih ke tahap MEDIUM (3,400 rpm).
• Tekan butang Power On/Off selama 3 saat untuk memadamkan MMG Pro.
• Urut bahagian badan yang dikehendaki pada kelajuan dan tekanan yang anda
suka.
• MMG Pro sedia ditetapkan untuk terpadam secara automatik selepas 10 minit.
• Cas semula peranti apabila kelajuan getaran semakin perlahan.

PENYELENGGARAAN DAN PENJAGAAN

• Sebelum membersihkan alat, pastikan alat telah dipadamkan dan unit bekalan kuasa telah ditanggalkan. Biarkan
unit menyejuk.
• Bersihkan peranti dengan tuala yang lembap sedikit. Jangan gunakan berus, agen pembersih yang agresif, petrol,
pencair atau alkohol. Keringkan unit dengan mengelap menggunakan kain bersih yang kering.
• Jangan tenggelamkan alat di dalam air untuk membersihkannya dan pastikan alat tidak dimasuki air.
• Tunggu hingga peranti betul-betul kering sebelum menggunakannya semula.
• Leraikan sebarang pintalan pada kabel.
• Berhati-hati ketika menggulung sambungan sesalur untuk mengelakkan kerosakan.
• Peranti sebaik-baiknya diletakkan di dalam bungkusan asal dan simpan di tempat yang bersih dan kering.
• Jangan gunakan produk lebih daripada 30 minit secara berterusan. Ia mungkin akan mengaktifkan perlindungan
had kepanasan dan menghentikan operasi secara automatik. Sila tunggu sekurang-kurangnya 30 minit untuk
membiarkan ia sejuk sebelum menggunakan semula.

PELUPUSAN

Bateri dalam perkakas mengandungi bahan berbahaya kepada alam sekitar. Sebelum perkakas dibuang,
kuasa perlu dipotong dan bateri dikeluarkan, dan kemudian bateri harus dibuang dalam keadaan selamat.
Produk ini tidak boleh dibuang bersama sisa domestik. Semua pengguna bertanggungjawab untuk
menyerahkan semua peranti elektrik atau elektronik, sama ada ia mengandungi bahan toksik atau tidak,
kepada pusat pungutan perbandaran atau komersial agar ia boleh dilupuskan dengan cara yang sesuai
dengan alam sekitar. Rujuk kepada pihak berkuasa tempatan atau wakil penjual anda untuk mendapatkan
maklumat tentang pelupusan.
28

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

48222

Table of Contents