Maklumat Berguna - Medisana RG 219 User Manual

Mmg pro fascia power gun
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Peranti ini mesti digunakan untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam manual arahan sahaja.
• Penggunaan unit untuk sebarang tujuan lain membatalkan waranti.
• Jangan gunakan alat ini semasa anda tidur atau baring di atas katil.
• Jangan gunakan alat ini sebelum tidur. Urutan menghasilkan kesan rangsangan.
• Jangan sesekali gunakan alat ini semasa memandu kenderaan atau mengendalikan mesin.
• Tempoh maksimum kendalian untuk satu sesi dengan getaran ialah 10 minit.
• Setelah tempoh ini tamat, alat ini akan terpadam secara automatik.
• Biarkan motor sejuk untuk beberapa minit, sebelum menghidupkan semula alat ini.
• Jangan tinggalkan unit ini tanpa pengawasan jika ia disambungkan ke pembekal kuasa (untuk mengecas bateri).
• Jangan biarkan alat ini bersentuh dengan objek tajam atau runcing.
• Jangan tutup alat ini semasa ia dihidupkan. Jangan gunakan di bawah selimut atau kusyen. Terdapat risiko
kebakaran, kejutan elektrik atau kecederaan.
• Bateri bersepadu pada alat ini tidak boleh ditukar atau ditanggalkan oleh pengguna. Jika terdapat masalah dengan
bekalan kuasa, hubungi pusat perkhidmatan.
• Anda hanya boleh membersihkan peranti ini sendiri sahaja. Jika peranti tidak berfungsi, jangan baikinya sendiri
kerana ia akan menyebabkan semua hak jaminan terbatal secara automatik. Rujuk pakar wakil penjual anda dan
baiki di pusat servis.
• Pembersihan dan penjagaan tidak sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak tanpa seliaan.
• Jangan tenggelamkan peranti di dalam air atau cecair lain.
• Jika peranti dimasuki air, padamkannya serta merta dan tanggalkan kabel sesalur jika ia disambungkan. Tunggu
sehingga peranti kering sepenuhnya.

MAKLUMAT BERGUNA

Item yang Disertakan dan Pembungkusan
Sila periksa terlebih dahulu bahawa peranti lengkap dan tiada sebarang kerosakan. Jika anda ragu-ragu, jangan
gunakannya dan hubungi wakil penjual anda atau pusat servis anda.
Pembungkus diguna semula atau dikitar semula. Sila lupuskan sebarang bahan pembungkus yang tidak diperlukan
lagi dengan cara yang betul. Jika semasa membuka bungkusan anda menyedari sebarang kerosakan yang berlaku
semasa penghantaran, sila hubungi wakil penjual anda tanpa berlengah lagi.
AMARAN
Sila pastikan pembungkus politena dijauhkan daripada kanak-kanak! Risiko sesak nafas!
MMG Pro ialah peranti pengurut dengan motor getaran untuk urutan bergetar yang benar-benar mujarab. Ia memban-
tu mengelakkan ketegangan otot dan memulihkan otot dengan lebih cepat (contoh: selepas senaman berat). MMG
Pro menggabungkan urutan getaran yang dalam dengan urutan tekanan (dengan berat badan anda sendiri) supaya
otot yang tegang akan dikendurkan dengan mudah.
BERHATI-HATI
Pastikan tempoh pengendalian maksimum ialah 10 minit.
26

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

48222

Table of Contents