Pengecasan Bateri; Arahan Kendalian - Medisana RG 219 User Manual

Mmg pro fascia power gun
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

PENGECASAN BATERI

• Sebelum penggunaan kali pertama, bateri litium perlu dicas (1 x bateri litium, 9V, 2600 mAh) sepenuhnya. Untuk
mengecas bateri sepenuhnya, tempoh pengecasan ialah selama lebih kurang 3-4 jam.
• Letak penyesuai DC 9V yang dibekalkan ke dalam lubang di bahagian bawah MMG Pro.
• Semasa pengecasan, lampu LED di atas butang Power On/Off akan berkelip dengan cahaya warna merah. Selepas
bateri dicas sepenuhnya, lampu LED akan sentiasa menyala dengan warna biru. (Peranti tidak boleh digunakan
semasa pengecasan)
• MMG Pro boleh digunakan selama 1.5 jam selepas dicas sepenuhnya.
AMARAN
Jika penunjuk bateri tidak berkelip selepas enam jam dicas secara berterusan, tanggalkan penyesuai sesalur untuk
mengelakkan bahaya.

ARAHAN KENDALIAN

• Gunakan di permukaan kulit yang kering yang dilapik pakaian sahaja, dengan menekan sedikit dan
menggerakkannya di seluruh badan selama lebih kurang 60 saat di setiap kawasan.
• Gunakan MMG Pro di bahagian badan yang lembut seperti yang dikehendaki tanpa menyebabkan kesakitan atau
ketidakselesaan. Jangan gunakan di bahagian kepala atau bahagian badan yang keras atau tulang.
• Gunakan alat yang menghasilkan kesan yang dikehendaki sahaja.
• Lebam boleh terjadi walau apa pun penetapan kawalan atau tekanan yang dikenakan. Periksa kawasan yang
diurut dengan kerap dan berhenti serta merta jika terasa sakit atau tidak selesa.
• Jauhkan jari, rambut, atau bahagian badan lain daripada lubang dan bahagian belakang alat kerana ia boleh
menyepit.
• Jangan letakkan sebarang objek ke dalam lubang pengudaraan MMG Pro.
• Jangan tenggelamkan di dalam air atau biarkan air memasuki lubang pengudaraan MMG Pro.
• Jangan jatuhkan atau gunakan MMG Pro dengan cara yang salah.
• Cas semula dengan penyesuai DC 9V yang disertakan sahaja.
• Jangan tinggalkan MMG Pro dalam kendalian atau dicas tanpa pengawasan.
AMARAN
Hanya gunakan penyesuai kuasa yang disertakan untuk measang produk ini.
AMARAN
Produk ini ini tidak sesuai untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi
fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali jika mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan alat perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
AMARAN
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak bermain dengan alat perkakas ini.
MS
27

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

48222

Table of Contents