Briggs & Stratton Vanguard 245400 Operator's Manual page 50

Hide thumbs Also See for Vanguard 245400:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Perkhidmatan Sistem Pendinginan
AMARAN
Enjin yang bergerak menghasilkan haba. Bahagian enjin, terutama peredam bunyi,
menjadi sangat panas.
Kebakaran terma yang teruk boleh berlaku apabila bersentuhan.
Puing mudah terbakar, contohnya daun-daun, rumput, berus, dsb boleh mencipta
kebakaran.
Biarkan peredam bunyi, silinder enjin dan sirip sejuk sebelum menyentuhnya.
Buang puing yang terkumpul daripada kawasan peredam bunyi dan kawasan silinder.
NOTIS
Jangan gunakan air untuk membersihkan enjin. Air boleh mencemarkan sistem
bahan api. Gunakan berus atau kain yang kering untuk membersihkan enjin.
Ini ialah enjin dingin udara. Kotoran atau puing boleh menghalang aliran udara dan
mengakibatkanenjin terlebih panas, menyebabkan prestasi buruk dan mengurangkan
jangka hayat enjin.
1.
Gunakan berus atau kain kering untuk membuang puing dari jerejak pengambilan
udara.
2.
Pastikan penghubung, spring dan kawalan bersih.
3.
Pastikan kawasan sekitar dan belakang peredam bunyi, jika dipasang, bebas daripada
sebarang puing mudah terbakar.
4.
Pastikan minyak sirip pendingin, jika dipasang, bebas dari kotoran dan puing.
Selepas satu tempoh, puing boleh terkumpul di dalam silinder sirip pendingin dan
mengakibatkan enjin menjadi terlalu panas. Puing ini tidak boleh dibuang tanpa
penyahimpun separa enjin. Biarkan Ejen Servis Bertauliah Briggs & Stratton memeriksa
dan membersihkan sistem pendingin udara sebagaimana disyorkan di dalam Jadual
Penyenggaraan.
Storan
AMARAN
Bahan api dan wapnya amat mudah terbakar dan mudah meletup.
Kebakaran atau letupan boleh menyebabkan melecur teruk atau kematian.
Apabila Menyimpan Bahan Api Atau Peralatan Dengan Bahan Api Di Dalam Tangki
Simpan jauh dari relau, dapur, pemanas air atau lain-lain perkakasan yang
mempunyai api pandu atau punca nyalaan lain kerana semua ini boleh menyalakan
wap bahan api.
NOTIS
Simpan enjin pada kedudukan mendatar (posisi pengendalian normal). Jika
enjin disengetkan untuk kerja-kerja penyenggaraan, tangki bahan api hendaklah kosong
dan bahagian di mana terletaknya palam pencucuh hendaklah dinaikkan. Jika tangki
bahan api tidak kosong dan sekiranya enjin disengetkan pada bahagian yang lain,
mungkin akan berlaku kesukaran untuk menghidupkan enjin disebabkan minyak atau
petrol telah mencemarkan penapis udara dan/atau palam pencucuh.
Sistem Bahan Api
Bahan api boleh menjadi lapuk apabila disimpan melebihi 30 hari. Bahan api yang lapuk
boleh menyebabkan mendapan asid dan gam terbentuk dalam sistem bahan api atau
pada bahagian-bahagian karburetor yang penting. Untuk mengekalkan kesegaran bahan
api, gunakan Rawatan & Penstabil Bahan Api Formula Maju Briggs & Stratton , boleh
di dapati di mana sahaja alat-alat servis tulen Briggs & Stratton dijual.
Tidak perlu menyalir keluar petrol daripada enjin jika penstabil bahan api telah ditambah
mengikut arahan. Hidupkan enjin selama dua (2) minit untuk edarkan penstabil ke seluruh
sistem bahan api sebelum disimpan.
Jika petrol di dalam enjin tidak dirawat dengan penstabil bahan api, ia perlu disalir keluar
ke dalam bekas yang telah diluluskan. Hidupkan enjin sehingga ia berhenti akibat
kekurangan bahan api. Penggunaan penstabil bahan api di dalam bekas storan adalah
disyorkan untuk mengekalkan kesegarannya.
Minyak Enjin
Semasa enjin masih panas, tukar minyak enjin. Lihat bahagian Menukar Minyak Enjin
bahagian.
50
Merumus Masalah
Untuk bantuan, hubungi wakil penjual tempatan anda atau pergi ke VanguardEngines.com
atau hubungi 1-800-999-9333 (di AS).
Spesifikasi
Model: 245400
Penggantian
Gerek
Lejang
Kapasiti Bahan api
Jarak Palam Pencucuh
Kilas Palam Pencucuh
Sela Udara Armatur
Kelegaan Injap Pengambilan
Kelegaan Injap Ekzos
Kuasa enjin akan berkurangan 3.5% bagi setiap 1,000 kaki (300 meter) di atasparas laut
dan 1% bagi setiap 10° F (5.6° C) di atas 77° F (25° C). Enjin akan beroperasi dengan
memuaskan pada sudut sehingga 15°. Rujuk manual pengendali peralatan untuk had
pengendalian yang dibenarkan dan selamat di lereng.
Servis Bahagian - Model: 245400
Servis Bahagian
Penapis Udara Kertas, Rajah 9
Pra-pembersih Penapis Udara, Rajah 9
Penapis Udara Kertas, Rajah 8
Pra-pembersih Penapis Udara, Rajah 8
Formula Maju Rawatan & Penstabil Bahan
api
Perintang Palam Pencucuh
Perengkuh Palam Pencucuh
Penguji Percikan Api
Kami mengesyorkan supaya anda berjumpa mana-mana Peniaga Berdaftar Briggs &
Stratton untuk semua kerja-kerja penyenggaraan dan servis enjin dan bahagian enjin.
Perkadaran Kuasa: Perkadaran kuasa kasar untuk model enjin gasolin individu dilabel
selaras dengan SAE (Persatuan Kejuruteraan Automatif) kod J1940 Kuasa Enjin Kecil &
Prosedur Perkadaran Kilas, dan dinilai selaras dengan SAE J1995. Nilai kilas diperoleh
pada 2600 RPM untuk enjin dengan "rpm" yang diletak pada label dan 3060 RPM untuk
semua yang lain; nilai kuasa kuda diperoleh pada 3600 RPM. Lengkung kuasa kasar boleh
dilihat di www.BRIGGSandSTRATTON.COM. Nilai kuasa bersih diambil dengan ekzos
dan pembersih udara terpasang manakala nilai kuasa kasar diperoleh tanpa lekapan ini.
Kuasa kasar sebenar enjin akan menjadi lebih tinggi daripada kuasa bersih enjin dan
dipengaruhi oleh, antara perkara lain, syarat pengendalian sekitar dan kebolehubahan
enjin ke enjin. Memandangkan jajaran luas produk di mana enjin diletakkan, enjin gasolin
mungkin tidak membentuk kuasa kasar yang dikadarkan apabila digunakan di dalam
peralatan kuasa yang diberikan. Perubahan ini adalah kerana pelbagai faktor termasuk,
tetapi tidak terhad kepada, kepelbagaian komponen enjin (pembersih udara, ekzos,
pengecas, penyejuk, karburetor, pam minyak, dsb.) batasan penggunaan, syarat
pengendalian sekitar, dan kebolehubahan enjin ke enjin. Disebabkan had-had pengeluaran
dan keupayaan, Briggs & Stratton mungkin menggantikan enjin bernilai kuasa lebih tinggi
dengan enjin ini.
Jaminan
Waranti Enjin Briggs & Stratton
Berkuatkuasa Januari 2016
Waranti Terhad
Briggs & Stratton memberi jaminan bahawa, dalam tempoh waranti seperti yang ditetapkan
di bawah, ia akan membaiki atau menggantikan, dengan percuma, mana-mana bahagian
yang rosak dari segi bahannya atau pembuatannya atau kedua-duanya. Caj-caj
pengangkutan bagi produk yang diserahkan untuk dibaiki atau digantikan di bawah waranti
ini hendaklah ditanggung oleh pembeli. Waranti ini berkuatkuasa untuk dan tertakluk
kepada tempoh masa dan keadaan seperti yang dinyatakan di bawah. Bagi waranti untuk
23.92 ci (392 cc)
3.504 in (89,00 mm)
2.480 in (63,00 mm)
30 - 32 auns (0,89 - 0,95 L)
.030 in (,76 mm)
180 lb-in (20 Nm)
.008 - .012 in (,20 - ,30 mm)
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
Nombor Bahagian
481588
491435
710266
710268
100117, 100120
491055
19576
19368
VanguardEngines.com

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents