Download Print this page

Philips AVENT SCF355 Manual page 29

Hide thumbs Also See for AVENT SCF355:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan pemanas botol dan simpan
untuk rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan rendamkan kord, palam atau perkakas di dalam air atau
cecair lain.
Amaran
- Gunakan perkakas di dalam rumah sahaja.
- Jangan biarkan kord sesalur kuasa terjuntai dari tepi meja atau
permukaan ruang kerja. Lebihan kord boleh disimpan di dalam
tapak pemanas botol.
- Jauhkan kord sesalur dari permukaan yang panas.
- Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding yang
dibumikan. Sentiasa pastikan palam dimasukkan dengan rapi pada
soket dinding.
- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada dasar perkakas
sepadan dengan voltan sesalur tempatan sebelum anda
menyambungkan perkakas.
- Jika anda perlu menggunakan kord sambungan, pastikan
kord tersebut merupakan kord sambungan dibumikan dengan
pengadaran sekurang-kurangnya 13 ampere.
- Jangan gunakan perkakas jika palam, kord sesalur atau perkakas
rosak. Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips,
pusat servis yang dibenarkan oleh Philips ataupun pihak lain
seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
- Jangan letakkan perkakas di atas atau berdekatan dengan gas
panas atau periuk elektrik atau dalam ketuhar yang panas.
- Perkakas ini boleh digunakan oleh orang yang kurang upaya
dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman
dan pengetahuan jika mereka diberi pengawasan dan arahan
berkenaan penggunaan perkakas secara selamat dan memahami
bahaya yang mungkin berlaku.
BAHASA MELAYU
29

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Avent scf355/07