ResMed AirFit N30 User Manual page 172

Nasal cradle system for airmini
Hide thumbs Also See for AirFit N30:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Manfaat klinikal
Manfaat klinikal topeng bolong adalah penyediaan penghantaran terapi
yang berkesan daripada peranti terapi kepada pesakit.
Populasi pesakit/keadaan perubatan yang ditujukan
Apnea tidur obstruktif (OSA).
AMARAN UMUM
• Alihkan semua bungkusan sebelum menggunakan topeng.
• Untuk mengelakkan keselamatan dan kualiti terapi terjejas,
lohong topeng perlu dipastikan tiada apa-apa yang menghalang
bagi melindungi daripada nafas ulang. Periksa lohong dengan
kerap untuk memastikan ia bersih, tidak rosak dan bebas daripada
sekatan.
• Topeng ini tidak sesuai untuk pesakit yang memerlukan
pengalihan udara sokongan hayat.
• Topeng perlu digunakan di bawah penyeliaan yang bertauliah
untuk pesakit yang tidak dapat menanggalkan topeng itu dengan
sendiri. Topeng ini mungkin tidak sesuai dengan pesakit yang
cenderung dengan penyedutan.
• Topeng tidak sepatutnya digunakan melainkan peranti
dihidupkan. Sebaik sahaja topeng dipakai, pastikan peranti ini
meniup udara untuk mengurangkan risiko nafas ulang udara yang
dihembus.
• Berhenti menggunakan topeng ini jika anda mempunyai
SEBARANG tindak balas buruk kepada penggunaan topeng ini,
dan rujuk pakar perubatan atau ahli terapi tidur.
• Topeng ini tidak sesuai dengan oksigen tambahan.
• Penggunaan topeng boleh menyebabkan sakit gigi, gusi atau
rahang atau menjadikan keadaan gigi sedia ada lebih teruk. Jika
gejala berlaku, rujuk pakar perubatan atau doktor gigi anda.
• Seperti dengan semua topeng, penghirupan nafas yang
dihembuskan boleh berlaku pada tekanan rendah.
• Topeng ini tidak dicipta untuk digunakan secara serentak dengan
perubatan penebula yang ada dalam laluan udara topeng/ tiub.
• Topeng ini hanya boleh digunakan dengan peranti terapi serasi
2

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents