Penyelenggaraan; Pembersihan; Penggantian (Pembaikan); Penjagaan Terhadap Tempoh Panjang Tidak Digunakan - Samsung MS23K3513 Series User Manual

Hide thumbs Also See for MS23K3513 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Penyelenggaraan

Pembersihan

Bersihkan ketuhar dengan kerap untuk mengelakkan kotoran daripada terkumpul pada atau
di dalam ketuhar. Berikan juga perhatian khusus pada pintu, pengadang pintu, dan pinggan
putar serta gelang roda (model berkenaan sahaja).
Jika pintu tidak terbuka dan tertutup dengan lancar, periksa dahulu jika pengadang pintu
telah mengumpulkan kotoran. Gunakan kain lembut dalam air sabun untuk membersihkan
kedua-dua bahagian dalam dan luar ketuhar. Bilas dan keringkan.
Untuk membuang kotoran degil dengan bau busuk daripada bahagian dalam ketuhar
1. Dengan ketuhar yang kosong, letakkan secawan jus lemon yang dicairkan di tengah
pinggan putar.
2. Panaskan ketuhar selama 10 minit pada kuasa maks.
3. Apabila kitaran lengkap, tunggu sehingga ketuhar menyejuk. Kemudian, buka pintu dan
bersihkan ruang memasak.
Untuk membersihkan bahagian dalam model pemanas-berputar
AWAS
Pastikan pintu dan pengadang pintu bersih dan pastikan pintu terbuka dan tertutup
dengan lancar. Jika tidak, kitar hidup ketuhar akan pendek.
Ambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menumpahkan air ke dalam pengudaraan
ketuhar.
Jangan gunakan sebarang bahan kimia atau pelelas untuk pembersihan.
Selepas setiap penggunaan ketuhar, gunakan bahan pencuci lembut untuk
membersihkan ruang memasak selepas menunggu ketuhar untuk menyejuk.
8 Bahasa Melayu
MS23K3513AK_SP_DE68-04547E-00_MS.indd 8
Untuk membersihkan kawasan atas ruang
memasak, rendahkan elemen pemanasan atas
sebanyak 45° seperti yang ditunjukkan. Ini akan
membantu membersihkan kawasan atas. Apabila
selesai, letakkan semula elemen pemanasan atas.

Penggantian (pembaikan)

AMARAN
Ketuhar ini tidak mempunyai bahagian boleh alih-pengguna di dalam. Jangan cuba untuk
menggantikan atau membaiki ketuhar sendiri.
Jika anda menghadapi masalah dengan engsel, pengadang, dan/atau pintu, hubungi
juruteknik bertauliah atau pusat perkhidmatan Samsung setempat untuk mendapatkan
bantuan teknikal.
Jika anda mahu menggantikan mentol lampu, hubungi pusat perkhidmatan Samsung
setempat. Jangan menggantikan ia sendiri.
Jika anda menghadapi masalah dengan perumah luar ketuhar, cabut palam kod kuasa
daripada sumber kuasa, dan kemudian hubungi pusat perkhidmatan Samsung setempat.

Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan

Jika anda tidak menggunakan ketuhar untuk tempoh yang panjang, cabut palam
daripada kod kuasa dan alihkan ketuhar ke lokasi yang kering, bebas habuk. Habuk dan
lembapan yang terbina di dalam ketuhar mungkin menjejaskan prestasi ketuhar.
2019-03-21
12:48:23

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents