Penyelenggaraan; Pembersihan; Penggantian (Pembaikan); Penjagaan Terhadap Tempoh Panjang Tidak Digunakan - Samsung MC32K7055 Series User Manual

Hide thumbs Also See for MC32K7055 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Penyelenggaraan

Penyelenggaraan

Pembersihan

Bersihkan ketuhar dengan kerap untuk mengelakkan kotoran daripada terkumpul pada atau di dalam
ketuhar. Berikan juga perhatian khusus pada pintu, pengadang pintu, dan pinggan putar serta gelang
roda (model berkenaan sahaja).
Jika pintu tidak terbuka dan tertutup dengan lancar, periksa dahulu jika pengadang pintu telah
mengumpulkan kotoran. Gunakan kain lembut dalam air sabun untuk membersihkan kedua-dua
bahagian dalam dan luar ketuhar. Bilas dan keringkan.
Untuk membuang kotoran degil dengan bau busuk daripada bahagian dalam ketuhar
1. Dengan ketuhar yang kosong, letakkan secawan jus lemon yang dicairkan di tengah pinggan
putar.
2. Panaskan ketuhar selama 10 minit pada kuasa maks.
3. Apabila kitaran lengkap, tunggu sehingga ketuhar menyejuk. Kemudian, buka pintu dan
bersihkan ruang memasak.
Untuk membersihkan bahagian dalam model pemanas-berputar
AWAS
Pastikan pintu dan pengadang pintu bersih dan pastikan pintu terbuka dan tertutup dengan
lancar. Jika tidak, kitar hidup ketuhar akan pendek.
Ambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menumpahkan air ke dalam pengudaraan ketuhar.
Jangan gunakan sebarang bahan kimia atau pelelas untuk pembersihan.
Selepas setiap penggunaan ketuhar, gunakan bahan pencuci lembut untuk membersihkan ruang
memasak selepas menunggu ketuhar untuk menyejuk.
10 Bahasa Melayu
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 10
Untuk membersihkan kawasan atas ruang memasak,
rendahkan elemen pemanasan atas sebanyak 45°
seperti yang ditunjukkan. Ini akan membantu
membersihkan kawasan atas. Apabila selesai,
letakkan semula elemen pemanasan atas.

Penggantian (pembaikan)

AMARAN
Ketuhar ini tidak mempunyai bahagian boleh alih-pengguna di dalam. Jangan cuba untuk
menggantikan atau membaiki ketuhar sendiri.
Jika anda menghadapi masalah dengan engsel, pengadang, dan/atau pintu, hubungi juruteknik
bertauliah atau pusat perkhidmatan Samsung setempat untuk mendapatkan bantuan teknikal.
Jika anda mahu menggantikan mentol lampu, hubungi pusat perkhidmatan Samsung setempat.
Jangan menggantikan ia sendiri.
Jika anda menghadapi masalah dengan perumah luar ketuhar, cabut palam kod kuasa daripada
sumber kuasa, dan kemudian hubungi pusat perkhidmatan Samsung setempat.

Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan

Jika anda tidak menggunakan ketuhar untuk tempoh yang panjang, cabut palam daripada kod kuasa
dan alihkan ketuhar ke lokasi yang kering, bebas habuk. Habuk dan lembapan yang terbina di dalam
ketuhar mungkin menjejaskan prestasi ketuhar.
2019-09-04
5:39:12

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents