Philips AVENT Premium SCF398 Manual page 46

Single/double electric breast pump
Hide thumbs Also See for AVENT Premium SCF398:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Bahasa Melayu
46
5. Untuk membuka
penutup, letakkan
tangan anda atas
penutup dan ibu jari
anda di lekuk penutup.
Memanaskan susu badan
Jika anda menggunakan susu badan yang dibekukan, biarkan ia ternyahbeku sepenuhnya sebelum
anda memanaskannya.
Nota: Jika anda perlu menyusu bagi anda dengan serta-merta, anda boleh menyahbeku susu itu di
dalam mangkuk berisi air panas.
Panaskan botol dengan susu badan sejuk atau dinyahbeku di dalam mangkuk berisi air panas atau di
dalam pemanas botol. Tanggalkan gelang skru dan cakera pengedap daripada botol.
Sentiasa kacau atau goncang susu badan yang dipanaskan untuk memastikan pengagihan
pemanasan yang sekata dan uji suhu sebelum menghidangkannya.
Amaran: Anda tidak digalakkan menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk
memanaskan susu badan. Ketuhar gelombang mikro mungkin akan mengubah kualiti
susu badan dan memusnahkan sesetengah zat yang penting dan boleh menghasilkan
suhu tinggi setempat. Jika anda memanaskan susu badan di dalam gelombang ketuhar
mikro, cuma letakkan bekas tanpa gelang skru, puting dan penutup di dalam ketuhar
tersebut. Sentiasa kacau susu badan yang dipanaskan untuk memastikan pengagihan
pemanasan yang sekata dan uji suhu sebelum menghidangkannya.
Memilih puting yang sesuai untuk bayi anda
Puting Natural Philips Avent dinomborkan dengan jelas di sisi, untuk menunjukkan kadar aliran. Untuk
maklumat lanjut, rujuk www.philips.com/avent.
Puting Natural Philips Avent disediakan dengan kadar aliran yang berbeza.
Pam susu badan disertakan dengan puting nombor 1. Ini ialah puting 0bln+
yang sesuai bagi bayi yang baru lahir dan bayi semua peringkat usia yang
menyusu badan.
Gunakan kadar aliran yang lebih rendah jika bayi anda sering tercekik, jika
susu meleleh keluar daripada mulut bayi semasa penyusuan atau jika
mengalami masalah melaraskan kelajuan minum. Gunakan kadar aliran yang
lebih tinggi jika bayi anda tertidur semasa menyusu, berasa kecewa, atau
sekiranya penyusuan mengambil masa yang sangat lama.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Avent premium scf396Avent premium scf398/11

Table of Contents