ResMed AirFit N30 User Manual page 39

Hide thumbs Also See for AirFit N30:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
bahagian lagi satu. Tolak semua hujung kusyen ke dalam bingkai
untuk memastikan hujungnya benar-benar rata.
AMARAN
• Buang semua pembungkusan sebelum menggunakan topeng
• Bagi mengelakkan keselamatan dan kualiti terapi daripada terjejas, bolong topeng
mesti dibiarkan kosong untuk melindungi daripada penyedutan semula. Kerap
memeriksa bolong udara bagi memastikan ia sentiasa bersih, tidak rosak dan tidak
tersumbat
• Hanya gunakan peranti terapi CPAP atau dua tahap yang serasi. Spesifikasi teknikal
topeng disediakan bagi pakar penjagaan kesihatan untuk menentukan peranti yang
serasi. Penggunaan dalam gabungan dengan peralatan perubatan yang tidak serasi
boleh mengurangkan keselamatan atau mengubah prestasi topeng.
• Topeng tidak sesuai untuk pesakit yang memerlukan pengudaraan sokongan hidup.
• Bersihkan topeng anda dan komponennya selalu untuk mengekalkan kualiti topeng
anda dan bagi menghalang pertumbuhan kuman yang boleh menjejaskan kesihatan
anda.
• Topeng mesti digunakan di bawah pengawasan orang yang berkelayakan bagi pesakit
yang tidak dapat menanggalkan topeng sendiri. Topeng ini mungkin tidak sesuai bagi
mereka yang mudah mendapat aspirasi.
• Topeng tidak boleh digunakan melainkan jika peranti dihidupkan. Setelah topeng
dipasang, pastikan peranti mengalirkan udara untuk mengelakkan risiko penyedutan
semula udara yang dihembus.
• Berhenti menggunakan atau menggantikan topeng ini jika pesakit mempunyai
SEBARANG tindak balas negatif terhadap penggunaan topeng. Rujuk doktor atau ahli
terapi tidur anda.
• Ikut semua langkah berjaga-jaga apabila menggunakan oksigen tambahan.
• Aliran oksigen mesti dimatikan apabila CPAP atau peranti dua tahap tidak beroperasi,
supaya oksigen yang tidak digunakan tidak berkumpul dalam ruang peranti dan
mewujudkan risiko kebakaran.
• Oksigen menyokong pembakaran. Oksigen tidak boleh digunakan semasa merokok
atau dengan kehadiran api terbuka. Gunakan oksigen hanya dalam bilik yang
mempunyai pengudaraan yang baik.
• Pada kadar tetap aliran oksigen tambahan, kepekatan oksigen yang disedut berbeza-
beza, bergantung pada tetapan tekanan, corak pernafasan pesakit, topeng, titik
pemasangan dan kadar kebocoran. Amaran ini terpakai pada kebanyakan jenis peranti
CPAP atau dua tahap.
• Rujuk pada manual peranti CPAP atau dua tahap anda untuk butiran mengenai tetapan
dan maklumat operasi.
6

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents