Philips Cucina HD6151 Manual page 26

Hide thumbs Also See for Cucina HD6151:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BaHasa MElayu
6
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual arahan ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
1
Bersihkan perkakas sebelum digunakan buat kali pertama (lihat bab 'Membersihkan).

Bukakan tudung. (Gamb. )

Rujuk kepada jadual minyak/lemak untuk menentukan berapa banyak minyak atau lemak anda
harus isikan di dalam penggoreng. (Gamb. )

Isi penggoreng dengan minyak, lemak cecair atau lemak pepejal yang dicairkan sehingga paras
di antara penunjuk 'MIN' dan 'MAX' dan tutup tudungnya. (Gamb. 5)
Jangan hidupkan perkakas sebelum anda mengisinya dengan minyak atau lemak.
Minyak dan lemak
Jangan sekali-kali mencampurkan pelbagai jenis minyak atau lemak yang berlainan dan jangan
sekali-kali menambah minyak atau lemak baru pada minyak atau lemak yang sudah diguna.
Kami menyarankan agar anda menggunakan minyak menggoreng atau lemak cecair menggoreng.
Sebaik-baiknya gunakan minyak atau lemak sayur yang kaya dengan lemak tak tepu (contohnya, asid
linoleik), seperti minyak soya, minyak kacang, minyak jagung atau minyak bunga matahari.
Oleh kerana ciri minyak dan lemak yang baik agak cepat hilang, anda hendaklah kerap menukar
minyak atau lemak (selepas 10-12 kali).
Sentiasa tukar minyak atau lemak jika ia mula berbuih apabila ia dipanaskan, jika ia berbau atau
memberi rasa yang tidak enak atau jika berubah menjadi warna gelap dan/atau agak pekat.
lemak pepejal
Anda boleh juga menggunakan lemak pepejal untuk menggoreng. Dalam keadaan ini, tingkatkan
langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan lemak daripada terpercik dan unsur pemanasan daripada
menjadi terlampau panas atau menjadi rosak.
1
Jika anda hendak menggunakan sepotong lemak yang baru, cairkannya dengan perlahan di atas
api perlahan di dalam periuk biasa.

Tuangkan lemak yang dicairkan dengan berhati-hati ke dalam penggoreng.

Simpan penggoreng dengan lemak yang keraskan semula masih pada suhu bilik.

Jika lemaknya menjadi amat sejuk, ia mungkin terpercik apabila ia cair. Tebuk beberapa lubang
dalam lemak yang dikeraskan semula dengan garpu untuk mengelakkan perkara ini. (Gamb. 6)
Berhati-hati agar tidak merosakkan mangkuk dalam dengan garpu tersebut.
Menggunakan perkakas
Menggoreng
Wap panas keluar dari penuras di dalam tudung semasa menggoreng.
1
Ambil seluruh kord dari petak simpanan kord dan pasangkan plag di dalam soket dinding.
(Gamb. 7)

Tetapkan tombol kawalan suhu ke suhu yang dikehendaki.
Lampu suhu menyala.
,

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Cucina hd6150

Table of Contents