Philips FC8715 Manual page 25

Hide thumbs Also See for FC8715:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Replacing the battery of the remote control
(FC8715,FC8710,FC8705)
Unit kawalan jauh berfungsi menggunakan bateri CR2025 berbentuk syiling. Ganti bateri apabila robot
tidak lagi memberikan respons apabila anda menekan butang pada unit kawalan jauh.
1 Pegang unit kawalan jauh secara terbalik. Tolak butang pelepas pada pemegang bateri dan pada
masa yang sama, luncurkan pemegang bateri keluar daripada unit kawalan jauh (Raj. 46).
2 Keluarkan bateri yang sudah kosong itu daripada pemegang bateri dan letakkan bateri baharu
dalam pemegang bateri. Kemudian lungcurkan pemegang bateri semula ke dalam unit kawalan
jauh (Raj. 47).
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Amaran: Hanya keluarkan bateri boleh cas semula apabila anda membuang perkakas
tersebut. Pastikan bateri kosong sepenuhnya apabila anda mengeluarkannya.
Untuk mengeluarkan bateri boleh cas semula, ikut arahan di bawah. Anda juga boleh membawa robot
ke pusat khidmat Philips untuk mengeluarkan bateri boleh cas semula. Hubungi Pusat Khidmat
Pelanggan Philips di negara anda untuk alamat pusat khidmat berdekatan dengan anda.
1 Mulakan robot dari suatu tempat di dalam bilik dan bukan dari stesen dok.
2 Biarkan robot itu berjalan sehingga bateri boleh cas semula kosong untuk memastikan bateri boleh
cas semula dinyah cas sepenuhnya sebelum anda mengeluarkan dan membuangnya.
3 Buka skru dan penutup petak bateri dan keluarkan penutup (Raj. 48).
4 Angkat keluar bateri boleh cas semula dan putuskan sambungannya (Raj. 49).
5 Bawa robot dan bateri boleh cas semula ke pusat kutipan bagi sisa elektrik dan elektronik.
Penyelesai Masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang anda mungkin hadapi dengan alat ini. Jika anda tidak
dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, lawati
mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi Pusat Penjagaan Pengguna di negara anda.
Masalah
Robot tidak mula
membersihkan kawasan
apabila saya menekan
butang mula/henti.
Punca yang
berkemungkinan
Bateri boleh cas semula telah
habis.
Palam kecil masih berada
dalam soket pada robot.
Bahasa Melayu
www.philips.com/support
Penyelesaian
Cas bateri boleh cas semula (lihat bab
'Membuat persediaan untuk guna').
Robot tidak berfungsi menggunakan
kuasa sesalur. Robot hanya berfungsi
menggunakan bateri boleh cas
semulanya. Oleh itu, sentiasa putuskan
sambungan penyesuai daripada robot
dan sesalur sebelum guna.
25
untuk

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fc8710Fc8705Fc8700

Table of Contents