Philips FC8715 Manual page 24

Hide thumbs Also See for FC8715:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa Melayu
24
2 Gunakan berus yang mempunyai bulu kejur yang lembut (cth. berus gigi) untuk membuang habuk
atau bulu halus daripada sensor jatuh. (Raj. 41)
Catatan: Penting untuk anda bersihkan sensor jatuh secara tetap. Jika sensor jatuh kotor, robot
mungkin tidak dapat mengesan perbezaan ketinggian atau anak tangga.
3 Gunakan berus yang mempunyai bulu kejur lembut (cth. berus gigi) untuk membuang habuk atau
bulu-bulu halus daripada roda depan dan roda tepi. (Raj. 42)
4 Untuk membersihkan berus tepi, genggam bulu kejurnya dan keluarkannya daripada acinya (Raj.
43).
5 Buangkan bulu-bulu halus, rambut dan benang daripada aci dan daripada berus tepi
menggunakan berus lembut (cth. berus gigi) atau kain (Raj. 44).
6 Bersihkan bukaan sedutan dengan berus lembut (cth. berus gigi) (Raj. 45).
7 Periksa berus tepi dan bawah robot untuk sebarang objek tajam yang boleh merosakkan lantai
anda.
Penggantian
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau alat ganti, lawati www.shop.philips.com/service atau pergi ke penjual
Philips anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Penjagaan Pengguna Philips di negara anda (lihat
risalah jaminan seluruh dunia untuk maklumat perhubungan).
Menggantikan penuras
Gantikan penuras jika terlalu kotor atau rosak. Anda boleh memesan penuras baharu di bawah
nombor pesanan FC8065. Lihat 'Mengosongkan dan membersihkan bekas habuk' dalam bab
'Pembersihan dan penyelenggaraan' untuk arahan tentang cara mengeluarkan penuras daripada
bekas habuk dan cara meletakkannya dalam bekas habuk.
Menggantikan berus tepi
Gantikan berus tepi selepas sedikit masa untuk memastikan hasil pembersihan yang baik.
Catatan: Sentiasa gantikan berus tepi apabila anda melihat tanda-tanda kelusuhan atau kerosakan.
Kami juga mengesyorkan anda untuk menggantikan kedua-dua berus tepi pada masa yang sama.
Anda boleh memesan satu set dua berus tepi dan dua penuras di bawah nombor jenis FC8067.
1 Untuk menggantikan berus tepi, genggam bulu kejur berus tepi yang lama dan tariknya keluar
daripada acinya.
2 Tolak berus tepi yang baharu ke dalam acinya.
Menggantikan bateri boleh cas semula
Jurutera servis yang bertauliah sahaja boleh menggantikan bateri boleh cas semula. Bawa robot ke
pusat servis Philips yang sah untuk menggantikan bateri tersebut apabila anda tidak boleh mengecas
semula bateri atau apabila kuasa bateri itu habis dengan cepat. Anda boleh menemui butiran
hubungan Pusat Khidmat Pengguna Philips di negara anda dalam risalah jaminan seluruh dunia.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fc8710Fc8705Fc8700

Table of Contents